YANG ADA ANAK KECIL MAI BACA SAT
Waktu itu lepas Zohor. Berbual ringkas dengan seorang kawan, Zahalan. Dia orang muda yang hebat. Bisnes membawa pulangan enam angka setiap bulan.
Boleh bayangkan gayanya.
Zahalan orang utara. Bila bercakap tangan semua naik. Mata terbeliak beliak.
Zahalan ada dua orang anak kecil. 2 tahun dan empat tahun. Dia mengadu. Anaknya yang berumur 4 tahun selalu ‘buat perangai’.
“Saya nak buat lagu mana? Pening kepala dengan perangai hat sorang ni!” Zahalan mulakan siri soalan beliau.
“Dah try juga jumpa ‘ustaz’. Ingat ada gangguan ka? Ustaz pun hembuih siap bagi ayaq lagi. Tapi dia dok lagu tu juga.” Tambah Zahalan lagi.
Wajahnya sugul. Ada keletihan pada wajah. Seperti terpancar putus asa. Jualan berjuta setahun.
Zahalan sebut ribut dalam niaga mudah ditakluk. Ribut di rumah menambah serabut.
Saya tanya pada Zahalan samada sudah berjumpa dengan doktor. Periksa keadaan fizikal anak.
Dengan pantas dia jawab doktor kata ok. Suruh bawa jumpa Child Psychologist.
“Anak saya bukan gila bang. Nak bawak pi jumpa psychologist bagai.” Kata Zahalan sambil membetulkan duduknya.
Pada riak wajah terserlah rasa tidak puas hati.
Saya senyum. “Doktor tu berniat baik. Dia nak pastikan isu tingkahlaku itu ditangani. Bukan anak you gila.” Balas saya.
“Tidur anak macam mana?” soal saya. Mencari punca bermula isu tingkahlaku ini.
“Hat ni la problem. Dia tidoq lambat. Mangkit (bangun) awai. Mangkit ja menyalak. Semak perut sungguh pagi-pagi dengaq dok menangih,” tambah Zahalan penuh dengan mimik muka dan gaya tangan.
Saya terus potong. Mahu cepat. Pesan saya:
1. Pukul 5-6:30 bawa anak keluar main di padang. Beri dia lari lari.
2. Balik beri mandi. Pakaikan bedak sejuk.
3. Pakaikan baju tidur yang jalur-jalur tu. Beritahu dah pakai baju tidur Along akan tidur awal. Sebut.
4. Beri makan makanan yang tidak berat. Pastikan petang ada snacking.
5. Sebut lepas makan Along tidur.
6. Masa bercakap banyakkan sentuhan. Lebihkan pelukan.
7. Pukul 8 bawa ke bilik untuk tidur. Tiada tv terpasang. Ayah ibu jangan menggatal berinternet dan ber”fon”.
8. Buat tanpa tapi. Buat sepenuh hati. Laksana dengan kasih sayang tidak bertepi.
“Boleh?” Tanya saya pada Zahalan.
Dia angguk. Ala ala Jepun gitu. Saya cuba bang.
Selang beberapa hari Zahalan telefon. Ayat pertama ialah TERIMA KASIH bang.
“Masalah dah settle. Along tak mengamuk lagi. Perangai dah tukaq bang. Tak menyalak lagi. Tak pukui adik dia dah,” sebut Zahalan dengan penuh keceriaan.
“Saya tak tau tidoq ja boleh settle. Power betui tidoq no?” Sebut Zahalan lagi dengan ketawa kecil dihujung bicaranya.
“Tau tak pa,” sebut saya pula. “Ok Lan. Nak kena boarding dah ni. Saya buat posting nanti boleh? Biar orang lain dapat manfaat juga,” soal saya pada Zahalan.
“Boleh sangat Bang. Bagitau kat depa, TIDOQ cukup ja anak dah tak buat perangai.”
Ok Lan. Saya bagitau. Saya beri salam untuk mengakhiri perbualan dengan Zahalan.
Apabila anak-anak buat perangai semak tidur mereka. Jangan kecilkan kuasa TIDUR.
Sila SHARE. Moga yang lain perolehi manfaat.
Detail nanti saya kongsi masa program Neuroparenting nanti insyaa Allah. Sempat lagi kalau nak daftar di neuroparenting.my.
Tadi pun dapat mesej dari peserta platinum neuroparenting. Boleh rasai sendiri rasa puas hati dan lega beliau dari mesej beliau.
P/S : Berminat untuk daftar, klik https://neuroparenting.my. Masih dibuka untuk pendaftaran !