4 Langkah Atasi Rasa Malas Untuk Berjalan 10,000 Langkah

 

Selesai misi pagi Otak Cantik Otak Cerdik Badan Lentik ini. 10,000 langkah jaya Insyaa Allah. Jauhkan penyakit cergaskan minda.

Ada masanya mahu mulakan terasa mencabar. Rasa berat. Pernah rasai?

Saya pun alaminya juga. Terutamanya rasa letih dan malas cuba membalut minda. Seperti awan bergerak perlahan menutupi langit.

Untuk menangi pertarungan dalam minda ini saya lakukan 4 perkara ini.

Satu
Set dalam minda dari malam lagi. Esoknya kita akan bersenam. Bayangkan tempat yang kita akan lalui itu. Wujudkan rasa gembira selepas selesai bersenam.

Setkan dalam minda jam berapa kita akan kenakan pakaian sukan.

Kedua
Susun baju, seluar, kasut, stokin dan topi dari malam lagi.

Ketiga
Letakkan kesemuanya di tempat kita mudah lihat atau selalu lalui kawasan itu. Tempat yang mustahil kita akan terlepas.

Empat
Setkan penggeta atau alarm sebagai tanda masuk waktu untuk tukar pakaian dan keluar bersenam.

Boleh cuba?

Anda Juga Mungkin Berminat

4 Tips Sihat Berhari Raya Supaya Otak Cerdas dan Badan Kekal Bertenaga

Lagu Raya dan Otak: Kenapa Kita Mudah Sebak Bila Mendengarnya?

Biskut Raya Tersusun Cantik Tapi Bahaya Tersembunyi Ini Ramai Tak Tahu

Gout Datang Mengejut Lepas Berbuka? Ini Rahsia L.A.B Yang Ramai Tak Tahu!

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Sahur Dengan Chia Seed: Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Scroll to Top