Google and University of Basel lakukan kajian. Mereka mahu tahu pandangan pengunjung tentang website.
Kenapa mereka mahu tahu? Website adalah kedai maya. Tempat membuat keputusan.
Tempat manusia membeli. Tempat buat wang.
Kajian mereka dapati manusia putuskan samada website itu cantik dan fungsi di dalamnya bagus dalam masa 50 milliseconds. Atau 0.05 saat.
Ini berlaku dalam dunia subconscious manusia. Laju dan pantas.
Laju dan lantas ini sama dengan pendapat Dr Bruce Lipton bekas profesor di School of Medicine, Stanford University dan seorang developmental biologist.
Di dalam bukunya The Biology of Belief beliau sebut subconscious mind mampu proses 20 juta bits of information dalam masa satu saat. Dalam website informasi mungkin kurang dari 20 juta.
Berbalik kepada kajian Google dan University of Basel.
Mereka lihat apa yang berlaku pada otak manusia semasa pengunjung kunjungi kedai maya ini. Mereka lihat bahagian otak mana yang aktif. Bahagian otak mana pula kelam dan sunyi.
Mereka juga kaji pernafasan pengunjung. Degupan jantung juga diambil kira. Fokus Google dan University of Basel ialah data Neurobiologi. Data dikumpulkan dalam konteks neurometrics.
Data ini lebih tepat. Bukan data persepsi. Bukan sekadar pendapat.
Tidak ada bunyi “Pada pendapat saya” atau “Saya rasa website ini”.
Kenapa Google mahu tahu data neurobiologi ini?
Jawapannya mudah.
Kaedah gunakan questionnaire atau interview tidak beri gambaran sebenar. Edah masa antara ujian dan interview atau jawab questionnaire akan sebabkan fikiran sudah bercampur dengan isu lain.
Bercampur dengan isu yang berlegar dalam kepala. Teradun dengan rasa yang pelbagai.
Sudah tercemar. Maklumat yang diperolehi tidak berikan gambaran sebenar. Tipah tertipu jadinya.
Kalau kita mahu website jadi tempat kunjungan, pastikan edah 50 milliseconds ini diambil kira.
Kiranya tidak, website kita akan jadi seperti belakang kedai. Tempat pengunjung tidak lalu. Tempat tidak laku.
Ini ilmu Neuromarketing. Ilmu masa depan dunia marketing. Bergeraklah di atas ombaknya atau kita akan ketinggalan.