1. Cuba isi tempat kosong berikut:
In 2018, I
Plan ……
Make …….
Grow …….
Execute ……
Write ……
Launch …..
2. Lepas diisi, lihat semula. Gambarkan di minda apa yang anda tulis.
3. Cari gambar-gambar berkaitan dengan apa yang anda gambarkan.
4. Potong dan lekatkan di atas kad manila atau kad besar bersaiz A3 atau A1.
5. Pastikan ada jalan cerita dan kesinambungan dari satu gambar ke satu gambar lain.
6. Tulis pada kad besar itu My Vision Board.
7. Setiap hari apabila bangun pagi lihat dan jalankan movie berkenaan vision board ini di dalam minda. Buat cerita.
Andalah penulis skrip, pengarah, pelakon, penerbit dan produser untuk cerita anda.
Kenapa buat begini?
Otak proses maklumat 60,000 kali lebih cepat dengan imej visual berbanding teks. Guna imej. Banyakkan visual.
Boleh boleh?
Saya doakan anda berjaya capai apa yang anda inginkan pada tahun 2018.