Kenapa Anak Tak Dengar Kata?

BRAIN-BASED PARENTING

Usai solat disapa sang ayah. Minta nasihat. Anak asyik mengelat. Tak makan nasihat.

Anak main game. Terperap dalam bilik. Berulang-ulang rutinnya. Habis satu game sambung yang lain. Whatsapps, weChat dan Telegram semua tak dilepaskan.

Di rumah tak bertegur sapa. Mulut berat nak berkata. Asyik tarik muka.

Sang ayah buntu. Guru tak dapat lagi bantu. Begitu juga ibu.

Cerita begini bukan satu. Malah beribu. Walaupun anak hanya satu.

Otak orang dewasa dan remaja berbeza.

Tempat fikir orang dewasa di belakang dahi. PreFrontal Cortex (PFC) namanya.

Bagi remaja di belakang telinga. Digelar Amygdala. Proses emosi berpusat di sini. Nyata berbeza.

Memburukkan keadaan otak lelaki dan perempuan tidak sama. Dua-dua berbeza. Memahami fenomena ini dari Brain-Based Parenting (BBP) adalah penting.

BBP mengajak manusia menjenguk isu ini dari perbezaan dan persamaan otak.

Bermain game ada kesan pada otak. Alat elektronik tidak terkecuali. Kesannya pada PFC.

Bahagian utama, tempat rasional dan analitikal, kerjanya juga mena’kul informasi, mengurus emosi. Juga membuat keputusan serta letaknya sementara tempat ingatan.

Andai PFC terganggu, mana mungkin anak mampu berinteraksi. Maklumat anak-anak diproses di pusat emosi.

Proses mencantas, meranting atau dalam Bahasa Inggerisnya pruning berlaku di dalam otak pada setiap aktiviti dan tingkah laku. Ianya merubah pola kerja otak.

Pernah lihat pokok-pokok hiasan atau pokok pagar yang dicantas atau diranting membentuk bentuk-bentuk tertentu? Di dalam otak, itulah juga yang berlaku.

Lihat gambar yang disediakan. Kita mahukan otak seperti gambar kedua bulat sempurna atau yang pertama, tidak sekata.

 

Bermain game atau melekat dengan alatan elektronik setiap masa meninggalkan kesan pada otak seperti gambar pertama.

Justeru, berpadalah anak-anak. Game bukan segala.

Ibubapa pula wajar memperbaharu ilmu. BBP merupakan wadah baru. Memberitahu apa yang berlaku. Moga interaksi keluarga lebih padu.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0