Cuba Semak Ada Tak Penyakit ‘Destructing Self Talk’ Dalam Diri?

Saya mula terlibat dalam terapi psikologikal seawal tahun 1995. Masa ni dah mula kendali kes kes besar dan berat. Sebelum tu macam sikit sikit saja. Acah acah kata orang.

Ada kes sebabkan saya rasa bersyukur sangat. Syukur tidak diuji macam mereka yang sedang diuji.

Banyak kes bila dengar saja dah boleh naikkan bulu roma. Dah boleh sebabkan kita tertelan air liur. Rasa nak mengalirkan air mata bersama.

Sepanjang puluhan tahun duduk dengar kisah manusia, rupanya ada pattern. Manusia jadi berbungkus dengan masalah sebab corak fikir yang sama.

Sampai peringkat bila mereka buka mulut saja, saya boleh boleh agak. Tahu apa yang akan diucap seterusnya. Kadang kadang jalan cerita mereka pun hampir sama.

Dalam banyak banyak pattern fikir yang bahaya, saya nak kongsi satu saja. Ini pattern destructing self talk yang ramai orang ada.

Destructing Self Talk atau DST amat bahaya pada diri kita. Bahaya pada suhu sihat otak manusia

1. Bercakap tentang momen momen malang yang telah berlaku. Banyak gunakan perkataan 'dulu', 'kerana' dan 'sebab'. Diulang benda yang sama.

Walaupun momen tu dah puluhan tahun berlalu. Seolah olah baharu semalam terjadi. Masih segar di ingatan.

2. Bercakap tentang macam macam kesukaran dan kegagalan yang pernah dialami. Bila bercakap mereka seolah sedang berada pada kesukaran itu. Seolah olah sedang alami kesukaran itu.

3. Bercakap tentang masa depan tetapi buat ramalan-ramalan negatif. Seolah dunia hadapan mereka mendung sahaja. Langit sentiasa gelap.

4. Bercakap dengan tujuan menganalisa kesalahan dan kesilapan pihak-pihak lain. Banyak blame game. Salah orang. Suka melihat orang lakukan kesalahan. Macam puas hati bila orang buat salah.

5. Menganggap diri telah menjadi mangsa kejahatan orang lain. Menuduh dan mempersalahkan orang-orang lain atas musibah yang menimpa diri sendiri.

“Pasal dia oranglah aku jadi begini.”
“Kalau ayah tak buat begitu tak jadilah kami begini.”

Lima pattern ni jadi berakar dalam kepala. Berulang ulang. Sampaikan jadikan mereka manusia yang terperangkap dan hidup dalam dunia masa lalu.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0