Bekerja Untuk Ummah

AKU ANAK PEMUNGUT JENTIK-JENTIK

Ada yang tertawa bila jawapan pada soalan “Ayah kerja apa?” berjawab dengan “Pemungut Jentik-Jentik.”

Dari sekolah rendah hingga ke universiti. Jawapan ini mengundang senyum dan tawa.

Ya arwah ayahku seorang pemungut jentik-jentik. Kerjanya dengan Kementerian Kesihatan.

Berkunjung ke rumah-rumah mengintai jika ada jentik-jentik bersarang.

Beliau juga orang pertama yang mewujudkan kueh tiaw halal pertama di Pulau Pinang seawal tahun 80an.

Aku pula bertindak sebagai tukang potong kueh tiaw. Tiada mesin. Semuanya manual.

Katanya kerja ini untuk ummah. Agar ummah ada alternatif makanan dijamin halal. Belum ada sijil Jakim pada waktu itu.

Tatkala rakan-rakan lain seronok bermain selesai sekolah, aku berebut pulang untuk menjadi tukang potong kueh tiaw.

Kerja bergilir sebab arwah ayah masih kakitangan kerajaan.

Malam pula bertandang ke pasar malam. Dua kali seminggu.

Membantu ayah dan ibu berniaga pasar malam. Aku tukang jerit 3 seringgit dan bungkus barang.

Tiada beg plastik waktu itu. Barang dibungkus dengan kertas. Mesti cepat dan tangkas. Tidak boleh culas.

Kata-kata arwah “Kerja ini untuk ummah,” menjadi buah semangat untuk aku hingga sekarang.

“Bekerja untuk ummah” membawaku pulang ke tanahair tercinta. Berguru dengan Dato’ Roslan Ab Hamid adalah pembekal ilmu untuk berdepan dengan ummah.

Ada buah ilmu yang ingin disampaikan sebelum mata terpejam rapat. Ada hikmat yang tidak ingin aku simpan. Berkongsi dengan ummah itulah harapan.

Terharu bila Sang Guru Dato’ Roslan Ab Hamid bersungguh menyediakan gelanggang. UTM akan menjadi tempat bertandang. 1 May 2016 beraksi dengan guru di sisi. Seminar Otak Cantik Otak Cerdik.

Ilmu otak dikongsi. Ilmu diangkat dari pengalaman klinikal dan ujikaji.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0