3 Mac 2016. Hari ini hari SPM. Banyak cerita. Ada suka. Ada derita. Ada juga entah apa-apa.
Hari ini anak sulung membawa berita juga. Pagi-pagi lagi sudah bersiap sedia. Tak sabar katanya.
Teringat masa pulang ke Malaysia tahun 2012. Hafiey baru 14 tahun. Akan menduduki PMR tahun berikutnya.
Tidak ada sekolah mahu terima. Takut peratusan sekolah jatuh. Sekolah asrama apatah lagi. Sekolah agama tidak terkecuali. Alasan pelbagai diberi.
Akhirnya sekolah harian menjadi destinasi. Ku katakan pada anak, “Ini rezeki. Allah yang beri. Kita terima dengan rela hati.”
Hampir 10 tahun di luar negara, Bahasa Melayu Hafiey tak reti. Sebab yang dihadam setiap hari adalah Bahasa Inggeris.
Mencari guru tuisyen Bahasa Melayu pun tiada yang sudi. Akhirnya terpaksa berkayuh sendiri. PMR menanti. Tak boleh tunggu lagi.
2013 Hafiey menduduki PMR. Ku katakan “Let me design a special formula for your brain. Let it works wonder for you.”
Berbekal semangat, keyakinan & usaha, 8A didakapnya.
SPM tidak sedikit cerita. Silibus jauh dari Australia. Pengajaran pun dalam Bahasa Malaysia.
Ku katakan pada Hafiey, “Tak pe..lets modified your brain’s formula.”
Keputusan SPMnya tidak seberapa. Straight A’s sahaja. Ya semua subjek dapat A. Antara 4 anak Melayu yang naik pentas dari 51 yang peroleh semua A.
Pada Hafiey dan yang lain, SPM bukan tempat berhenti. Destinasi jauh lagi. Perlu cari makna diri. Ilmu perlu terus digali. Usah gentar ayah boleh buat formula brain lagi.