Apa Nak Buat Jika Orang Lontarkan Perkataan Negatif Pada Kita

Marah dan kata-kata negatif memberi kesan buruk pada otak. Sama buruk kesan kepada pelaku dan penerima. Ianya umpama memaku paku ke dinding.

Kemudian paku itu dicabut. Meninggalkan kesan lubang pada dinding. Bayangkan andai setiap jam ada sahaja paku yang diketuk masuk dan ditarik keluar.

Bunyi ketukan sahaja sudah membingitkan telinga. Bayangkan dinding yang berlubang pula.

Ada pelajar mengadu. Dimarahi. Ada kata-kata tidak enak dilontarkan. Hati terbakar.

Mahu membalas semula. Katanya tidak wajar. Meminta cara bagaimana mahu tangani emosi negatif yang bersarang.

Caranya tidak sukar. Apa yang perlu dilakukan ialah:

1. Audit kekuatan diri. Fokus pada skil dan sumber yang ada.

2. Maafkan. Andai itu yang menghuni minda. Mainkan dalam minda komunikasi antara kita dengan pihak yang satu lagi. Dalam interaksi tersebut kita memaafkan pihak yang satu lagi.

3. Buang jauh-jauh memori negatif yang mencuri ruang di otak kita. Isikan dengan perkataan-perkataan positif.

4. Usah diulang perkataan negative yang dilontarkan kepada kita.

5. Alihkan perhatian kepada perkara-perkara produktif. Fokus pada impian yang ingin kita kejar. Salurkan tenaga dan masa ke arah itu.

6. Terus berkawan dengan orang-orang yang positif.

7. Sebutkan perkara positif yang rakan lakukan.

“Jadi perkara ini boleh membantu kita?” Tanya pelajar tersebut.

“Kena cuba baru tahu”. Jawab saya mematikan perbualan.

Kata-kata negatif tidak sihat. Merosakkan otak. Ujian imbasan ke atas otak membuktikan.

Andai marah kawal diri. Kemam perkataan negatif. Usah hamburkan.

Kata-kata negatif bukan motivasi. Pembunuh pada motivasi. Belajar untuk jauhinya, supaya bahagia dikecapi.

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Scroll to Top