Sikap Orang Otak Cantik vs Otak Berlubang

Sebelum bercuti Raya ada temujanji dengan bakal pelajar ijazah kedoktoran. Katanya mahu berbincang tentang tajuk tesis. Kebetulan saya dalam proses mencari pelajar PhD.

Temujanji dibuat. Beliau datang tepat pada masa yang dijanjikan. Perbincangan menjurus kepada bidang-bidang ilmu psikologi.

Sehinggalah dia menyebut tentang FB saya. Katanya dia selalu baca entri saya di FB. Soalnya kenapa seminar diberi nama otak cantik otak cerdik.

Mudah. Otak nampak cantik bila diimbas. Indikator otak itu baik. Otak cerdik.

Bila otak cantik dan cerdik, kita berada pada posisi manusiawi terbaik kita. Kita akan jadi ibubapa yang penyayang.


Kita akan jadi anak yang baik kepada kedua ibubapa. Jadi pasangan yang suportif. Jadi pekerja cemerlang.

Jadi pemilik bisnes yang konstruktif. Pelajar yang efektif. Memiliki tubuh badan yang sihat.

Otak andai tidak dijaga akan kelihatan berlubang-lubang bila diimbas. Menunjukkan otak itu tidak sihat. Selalunya akan ada masalah dalam hidup.

Cara berfikir jadi negatif. Jadi ibubapa pemarah. Jadi pekerja bermasalah. Pemilik bisnes yang asyik bertukar bisnes. Semua tidak menjadi.

Jadi pelajar yang ponteng kelas. Buat assignment last minute. Keputusan exam biasa-biasa sahaja.

Ringkasnya, otak berlubang menyebabkan TIRAM RIO:

T – Tangguh. Tidak dapat buat sesuatu dengan segera. Asyik tunggu.
I – Ingatan lemah. Mudah lupa.
R – Rigid dalam berfikir. Andai disebut A, maka A lah. Tidak ada tolak ansur
A – Amarah. Sifat ini makin jelas. Sukar dibendung.
M – Motivasi rendah. Ada idea. Tiada tindakan.

R – Risau. Tak dapat ambil tindakan sebab otak bersarang dengan risau.
I – Impulsif. buat dulu fikir kemudian.
O – Obesiti. Sukar mengawal pemakanan

Cuba semak. Ada tak pada kita TIRAM RIO ini. Andai kata kena lakukan sesuatu. Kena belajar.

“Betul. Kena belajar. Takkan nak biar rumahtangga berantakkan. Anak-anak teraniaya.” Kata pelajar itu.

“Otaklah penentu siapa diri kita. Betulkan otak. Cantik dan cerdikkan otak. Diri akan jadi yang terbaik.” Kata saya.

“So, bila nak hantar proposal?” Tanya saya sambil tersenyum.

“Dalam sebulan sir.” Kata pelajar pelajar penuh semangat sambil bersalam.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0