Nak Makan Apa Kalau Susah Tidur?

16 Julai 2016.

Pagi tadi servis kereta. Temujanji dibuat awal. “Perlu lebih dari dua jam untuk siap,” kata pegawai perhubungan awam.

Sudah rancang awal bawa buku. Rancangannya untuk habiskan satu buku. Guna kaedah speed reading.

Sedang tenggelam dalam bacaan, terdengar ucapan salam. Rupanya rakan dari tempat kerja. Bermula dengan bualan kosong.

Akhirnya cerita susah tidur keluar. Sudah lama denga isu tidur kata teman ini. Hidup berteman kopi.

Sahabat ini bapa kepada dua orang anak. Belajar luar negara. Siapkan tesis PhD bertemankan minuman berkafein.

Tidur lewat malam. Bangun pagi mengantuk. Terbawa-bawa hingga sekarang.

Phd sudah selesai dua tahun lepas. Masalah tidur kekal. Pernah terbabas kerana tertidur semasa memandu.

“Your research memang dalam tidur dan otakkan?” soal teman ini.

Saya angguk.

“You mungkin boleh tolong I kot.” Katanya sambil tersenyum.

“Sikit-sikit boleh Insyaa Allah.” Balas saya.

Dari penerangannya saya cadangkan ambil makanan yang ada tryptophan. Ianya adalah penggalak tidur. Contohnya:

1. Kacang hijau dan merah
2. Makanan whole grains
3. Kacang kuda
4. Kacang Hazel
5. Telur
6. Kuaci (bunga matahari)
7. Bijan
8. Susu soya tanpa gula

Boleh ambil teh hijau dan chamomile. Ada Theanine. Bantu otak keluarkan melatonin – hormon tidur.

“Kena elakkan minuman berkafein. Paling akhir minum sekitar jam dua petang.” Ujar saya pada teman ini.

“Boleh letakkan bunga lavender dalam sarung bantal. Tidur dengan baunya. Bunga lavender bantu otak rembeskan melatonin.” Tambah saya lagi.

“Cuba yang I sebutkan ni. Lepas tiga minggu kita sembang lagi.” Kata saya sambil tersenyum.

Kebetulan kereta dah selesai diservis. Saya minta diri untuk beredar. Tangan dihulur salam diucap.

Tidur perlu dijaga. Tersangat banyak manfaat. Salah satunya mudah untuk kuruskan badan.

Cara programkan minda waktu tidur akan dikongsi masa bootcamp nanti. Pernah turunkan berat sebanyak 5kg dalam masa 6 enam hari dengan makan 6 kali sehari. Hebat program ini.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Biji Kecil Ini Ada Kesan Besar: 8 Kelebihan Chia Seed Untuk Tubuh

Bukan Sekadar Kuning Ini 11 Kelebihan Kunyit Untuk Tubuh

Ramai Ambil Kalsium, Tapi Tulang Tetap Rapuh: Ini 25 Tumbuhan Tinggi Vitamin K7

17 Tumbuhan Tinggi Air Alkali Yang Bantu Hidrasi Sel & Seimbangkan pH Tubuh

12 Herba Lawan Inflamasi Yang Bantu Tenangkan Tubuh Dari Dalam

Scroll to Top