Pernah cat rumah tak? Atau bau cat yang kuat lepas masuk rumah yang baru dicat?
Musim Raya ni ada nampak orang sakan cat rumah.
Ada cat pagar. Ada cat dinding bahagian luar. Ada yang datang menyibuk tengok tapi tak tolong. Siap cekak pinggang lagi.
Satu persamaan antara pengecat ni. Semua tidak pakai penutup hidung. Tidak pakai topeng. Cat macam tu sahaja.
Ramai tak tahu cat adalah toksid kepada otak.
Hidu cat berterusan boleh sebabkan kerosakan otak kekal seperti yang dilaporkan di jurnal Neurology tahun 2014
Bayangkan rosak kekal. Maksudnya tidak dapat dibaiki lagi.
Antara cat dalam rumah atau luar rumah mana lebih bahaya? Menurut Ohio Bureau of Environmental Health cat luar rumah lebih bahaya.
Sebabnya?
Terletak pada bahan kimia di dalamnya. Antara yang selalu diguna ialah methylbenzene, benzene, ethylbenzene, Stoddard solvent dan xylene.
Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2013 oleh Harvard School of Public Health ke atas 2143 orang, mereka dapati terdedah kepada cat ganggu sistem memori manusia. Mereka jadi mudah lupa.
Bukan itu sahaja. Gangguan juga berlaku pada berfikir. Mereka cepat “lost” ketika sedang bersembang.
Dalam kajian yang dilakukan di New Zealand, pengkaji dapati mereka yang terdedah kepada cat jadi cepat marah, cepat mengamuk dan ada masalah dengan memori dan konsentrasi mereka. Detail kajian dimuat di Neurotoxicology tahun 2016.
Jadi apa nak buat?
Mudah sahaja. Kalau nak cat rumah pakai mask atau topeng. Bukan surgical mask macam orang biasa pakai naik bas. Mask khas untuk cat.
Lihat gambar bawah ini. Yang B kena penangan. Otak mengecil. Yang A otak normal. Pilih yang mana satu kita mahu.