Kes Covid-19 setakat ni masih lagi di tahap yang membimbangkan. SOP dah jaga, dah amalkan penjarakan sosial, dah pakai double mask dah pun.
Hand sanitizer tak yah cakap lah, memang 24/7 ada dalam beg.
Tapi masih ada rasa takut, rasa stres, rasa bimbang…semua jenis perasaan bercampur baur…
Betul tak?
Sudah semestinya kita semua terkesan dari segi emosi dan kesihatan mental. Bukan senang nak lawan ‘musuh halimunan’ ni.
Kita kena ingat apa yang kita buat sekarang ni akan menentukan tahap kesihatan kita.
Nak tahu kan apa 5 langkah penjagaan mental dan fizikal yang kita boleh amal semasa pandemik?
1- Nutrisi seimbang
Nutrisi seimbang dalam makanan merangkumi gabungan tenaga dan zat makanan berbeza untuk penjagaan kesihatan secara overall.
Sistem imuniti badan memainkan peranan penting untuk lawan virus corona.
Jadi, kita kena fokus untuk mengambil nutrisi secukupnya.
Banyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan bervitamin tinggi seperti epal, kiwi dan jambu batu, selain protein, lemak sihat, karbohidrat dan mineral.
2- Kerap bersenam
Kenapa perlu workout? Workout ni penting untuk kuatkan jantung. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan risiko kemurungan.
Bagi golongan berusia, workout boleh melindungi fungsi mental selain meningkatkan peredaran darah ke otak.
Tetapi, nak workout pun kena tahu sejauh mana badan kita mampu buat. Lakukan in moderation dan dengar rentak badan.
3- Create hobi
Hobi ni penting untuk kita hargai ‘me time’ dan elak daripada berfikir benda bukan-bukan.
Macam-macam kita boleh buat; memasak, mendengar muzik, berzumba, melukis, dan fotografi sesuai dengan minat.
Hobi ni dapat tingkatkan pengetahuan kita. Kita mungkin dapat belajar benda baru ketika berjinak-jinak dalam aktiviti yang kita tak pernah try.
4- Bersifat positif
Bila dengar news pasal Covid-19 ni boleh buat kita jadi takut dan keliru. Ada terlalu banyak info dalam media sosial yang kita tak pasti sahih ke tak.
Kita kena tahu platform mana yang kita boleh rujuk untuk dapatkan maklumat yang benar.
Jaga emosi kita, jangan sampai terpengaruh dengan hal bukan-bukan yang mungkin akan affect kita punya health.
Ingat! Tak pasti jangan kongsi…
5- Kekalkan hubungan sosial
Yang ni saya rasa sangat crucial sebab dengan keadaan sekarang, kita ada tendency untuk asingkan diri yang boleh sebabkan stres.
Kekalkan hubungan dengan ahli keluarga dan rakan sekerja. Kalau ada problem, jangan pendam seorang diri.
Jangan bebankan pemikiran kita dengan banyak masalah. Hargai diri kita sendiri dengan menjaga kesihatan mental dan fizikal.
Konklusinya,
Penularan wabak Covid-19 yang bermula sejak tahun lepas sampailah sekarang sudah semestinya memberikan kesan kepada psikososial, mental dan fizikal kita.
Namun, kita perlu amalkan ‘self-love’ dan jangan memudaratkan diri sendiri.
Kita kena jaga diri kita supaya kita tidak menghadapi kesusahan di kemudian hari dan juga dapat contribute kepada society.
#DrRizal