in

Ada Apa Dengan Air Freshener?

Dua tiga menjak ini asyik masuk pejabat orang. Bila masuk boleh nampak air freshener di tempek di dinding. Sekejap bunyi psstt. Awal-awal dulu terkejut juga bila dengar macam ni. Lepas tu bau wangi. Mujur siang.

Masuk kereta pun sama. Banyak orang letak air fresher. Ada lekat tak tempat aircond. Ada main sangkut-sangkut.

Sebelum ini saya selalu sewa kereta bila turun KL. Dalam kereta sewa dah diletak siap air freshener gantung. Masuk saja sesak nafas jadinya. Biasanya saya akan buka tingkap semua dan air freshener tu letak kat dalam bonet.

Next time bila nak sewa saya sebut tak perlu letak air freshener. Tauke akur. Tak letak dah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa dengan air freshener? Ada apa?

Jawapannya ada dalam laporan di The Journal of Toxicological Sciences and Atmospheric Environment. 

Kajian dapati air fresheners keluarkan lebih dari 100 bahan kimia berbeza.

Jadi bila kita sedut wangian dari air freshener kita bawa masuk bahan kimia ini dalam tubuh.

Antara bahan favourite yang ada dalam air freshener ialah sodium borate. Bahan ini selalu diguna dalam racun serangga dan racun rumput.

Kalau nak wangikan kenderaan boleh guna bahan natural macam pandan. Caranya ambil 5-6 helai daun pandan dan buat ikatan simpul. Letakkan di bonet. Bau dari pandan juga akan hilangkan lipas kecil dalam kereta.

Boleh juga buat ala bunga rampai macam kenduri dulu-dulu. Letak dalam kain dan ikat ala-ala sup bonjot. Gantung dengan cermin pandang belakang.

Kalau di ofis bagus lagi guna bunga-bunga kering. Kalau ada bajet boleh cuba essential oil yang original.

Oh ya, yang jual essential oil tu tak perlulah iklan kat sini pula ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Makan Apa Waktu Pagi?

Jalan Menuju TAQWA~