Adakah Bersenam Malam Bahaya Untuk Tubuh?

Workout malam – adakah bahaya untuk tubuh?

Selalu dok dengar orang cakap,

“Tak elok bersenam malam.

Boleh kena serangan jantung‼️”

Betul ke?

Ada orang biasa bersenam waktu malam.

Dah jadi rutin jadual harian dek terbatas dengan kesibukan bekerja.

Dah balik kerja pun matahari dah nak terbenam. Tapi mahu luangkan masa untuk bersenam.

Okay ke tak okay?

Sebenarnya okay saja kalau bersenam waktu malam.

Tapi ada syarat-syaratnya:

Malam yang disarankan ialah selepas Magrib sekitar jam 8 sehingga 10.

30 – 45 minit sudah mencukupi.

Senaman pula perlulah berintensiti rendah atau sederhana.

Seperti berjalan, berjoging, berlari ‘easy run’.

Tubuh pula perlulah dalam keadaan sihat bebas penyakit kronik.

Serta tidak lalui hari yang penat di tempat kerja.

 

Ia bukan aktiviti yang boleh mudaratkan kesihatan lagi lagi yang bertubuh sihat.

Dan sudah biasa bersenam malam.

Sebab lepas bersenam, melalui rehat iaitu tidur tubuh dapat jalani proses pemulihan.

Tapi ada satu lagi syarat penting iaitu:

Tidak ambil makanan berkalori tinggi selepas bersenam.

Yang jadi masalah bila lepas bersenam malam,

Pergi melantak nasi kandar, roti canai, teh tarik, pandu lalu fastfood dll.

Lepas itu, mandi & terus tidur.

Masa ni usus tak dapat proses makanan baru masuk dengan efisien.

Tubuh juga tak dapat berehat dengan cukup sebab usus tengah bekerja lebih masa.

Ini antara pemicu risiko masalah kesihatan.

Belajar sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Scroll to Top