Air, Otak Dan Tidur

Berapa liter air perlu minum sehari.

Ini soalan yang biasa didengar. Mungkin juga soalan yang bermain di minda kita.

Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah?

Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air?

Ini soalan yang sama saya lontarkan kepada Prof Dinges, professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania.

Dua minggu menerima latihan di University of Pennsylvania.

Melihat manusia tinggal di dalam sleep lab selama 10 hari. Menakjubkan.

Mereka berjalan dengan ke sana ke mari wayar melekat di kepala.

Semua aktiviti mereka direkod. Semua maklumat aktiviti otak diproses dan dikaji.

Saya dapati ada kaitan antara tidur dan air. Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi.

Bukan salah bantal.

Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang.

Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air.

Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak.

Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik.

Air membekalkan oksigen kepada otak. Oksigen adalah nutrien penting untuk otak.

Minuman seperti kopi, teh dan yang lain-lain tidak termasuk dalan kategori air.

Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita.

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah.

Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza.

Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama.

Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter.

Tidak cukup untuk perempuan. Sangat kurang untuk perempuan.

Minum air mencukupi banyak faedahnya.

Ada antara kita yang selalu ‘terlupa” minum air.

Apps telefon pintar berikut boleh membantu Waterlogged atau Water Drink Reminder.

Minum banyak air meningkatkan sistem metabolism badan.

Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif. Membantu menurunkan berat badan.

Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum.

Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus.

Otak & Air

Otak manusia adalah 80% air. Kurang ambil air sebanyak 2% sahaja beri kesan buruk pada otak. Antaranya:

• lemah konsentrasi
• menjunam short term memory
• menurun tahap alert atau siap siaga

Pastikan air cukup. Teh, kopi dan minuman berwarna tidak termasuk dalam kategori ini.

Mahu otak geliga bermesralah dengan air kosong.

Bangun pagi sahaja pastikan 500ml diminum dengan bangganya.

Air nutrisi penting untuk OTAK. Apabila terasa dahaga itu tanda OTAK mula hilang nutrisi.

Sebelum simptom dahaga muncul, hadirkan air.

Sebaiknya teguklah bahan berharga ini setiap 30 min.

3 kali tegukkan sudah memadai.

Namanya HUKUM 30×3.

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top