Punca Alahan Selepas Makan Peach – Ini Perkongsian Dr Rizal

Beberapa hari lepas, tular satu kisah nyawa hampir ‘melayang’ lepas makan buah peach

Penangan donut peach viral tapi TAK SEMUA boleh makan.

Perasan tak?

Dekat kulit buah pic ni ada bulu bulu halus.

Kalau sentuh kulit, rasa seakan akan sentuh baldu.

Ramai tak tahu bulu peach juga boleh jadi penyebab alergi/alahan.

Disebabkan oleh 5 jenis ‘allergen protein’ dalam kulit peach yang rangsang alergi.

1) Pru p 1 (pathogenesis-related protein 10)

2) Pru p 2 (thaumatin-like protein)

3) Pru p 3 (LTP)

4) Pru p 4 (profilin)

5) Pru p 7 (gibberellin regulated protein)

Kalau ada alergi ni, kemungkinan tinggi alergi boleh terjadi.

Jika ambil epal, ceri, plum dan aprikot.

Nama saintifik dipanggil Oral Allergy Syndrome (OAS) atau Pollen Food Allergy Syndrome (PFAS).

Antara simptom alergi seperti berikut:

  • Gatal pada tekak/mulut
  • Kejang perut
  • Mual muntah
  • Cirit birit
  • Ruam merah pada tubuh
  • Bersin
  •  Hidung tersumbat
  • Kebas muka/bibir
  • Sukar bernafas

Bagi yang alergi walaupun simptom ringan, mohon elakkan.

Yang tak alergi tu, pastikan buah peach dibasuh elok elok.

Rendam dalam air garam dan gosok untuk buang bulu bulu halus.

[ INI ‘CARA’ BETUL BERSIHKAN BUAH & SAYUR DARI RACUN! ]

Atau boleh buang kulitnya. Boleh begitu?

 

ARTIKEL BERKAITAN:

<img draggable= 12 KHASIAT BUAH DONUT PEACH YANG TENGAH VIRAL!

<img draggable= 8 KHASIAT UTAMA DONUT PEACH UNTUK IBU MENGANDUNG

 

#DrRizal #Neuroversiti #allergy

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top