in

Cry Love OMG

Anak Aku Makan Apa?

Kita adalah apa yang kita makan. Begitu juga anak-anak kita.

Apa yang disemai itulah yang dituai.

“Anak aku kena makan apa?” itu soalan yang terpacul dari mulut Razif.

Tanpa salam. Tanpa ayat-ayat mula.

“Maksudnya Razif? Cuba cerita hujung pangkal. Baharu saya boleh faham.

“Tak ada. You selalu cerita dalam FB pasal otak. Pasal makan. Pasal Senaman.

I nak tahu makanan untuk anak-anak. Sama ke tak?” soal Razif.

Oh. Ingatkan apa tadi. Lain kali beri salam dulu.” Ujar saya sambil tersenyum.

“Begini Razif. Boleh galakkan anak-anak ambil makanan B.I.T:

1. Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries .

Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.

2. Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi.

Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.

3. Telur – Ia ada Choline.

Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.

“Beri yang ini pun dah bagus. Ada yang lain lagi. Nanti-nanti sembang lain.”

Ujar saya sambil bersalam dan berlalu pergi.

Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku.

Tinggalkan impak kepada prestasi otak.

Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri.

Apa lagi yang boleh di dijamu?

Nanti sambung lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajar Perkara Baharu

Okay Ke Tonton Cerita Hantu?