Kesan Pengambilan Junk Food atau Makanan Ringan Pada Anak-Anak

“Anak-anak saya selalu sakit.” Kak Kiah mulakan bicara.

“Lepas seorang sakit, dan baik ,yang lain pula sakit.

Letih ambil ubat.” Kak Kiah melepaskan keluhannya.

Kak Kiah bekerja sebagai operator pengeluaran.

Pendapatan tidak seberapa. Kalau kerja lebih masa, dapatlah lebihan sedikit.

Tinggal di Bayan Lepas tidak murah. Apatah lagi menyewa.

Suami pun bekerja di sektor yang sama.

Pulang ke kampung terserempak dengan Kak Kiah.

“Akak memang menanti Rizal balik. Banyak nak tanya.” Kata Kak Kiah lagi.

Kak Kiah muda bertahun-tahun dari saya.

Tidak pasti kenapa dia gelarkan dirinya kakak.

Kak Kiah nampak tua dari usia. Kerja syif telah meragut usia mudanya.

Tidur tidak teratur menyebabkan beliau membesar sebagai johan.

Tidur tidak teratur cepatkan proses penuaan. Mudah sakit. Mudah letih.

“Anak-anak selalu sakit apa?” soal saya meminta kepastian.

“Asyik demam jer budak-budak ni. Si Alif masa UPSR pun boleh demam.

Akak risau keputusan dia teruk.” Ujar Kak Kiah cemas.

“Dalam sebulan mesti sekali atau dua kali demam. Ubat penuh dalam peti ais.

Kadang-kadang malas nak pergi klinik.

Akak la jadi doktornya. Bagi dia orang makan ubat –ubat yang tak habis.”

Jelas Kak Kiah penuh semangat.

“Maaf Kak. Selalu anak-anak makan apa?” saya cuba mencari pangkal isu.

“Makan nasi macam biasa. Malam biasanya belilah apa-apa kat pasar malam ke. Burger ke.”

Ujar Kak Kiah lagi.

“Makanan ringan anak-anak makan tak?” soal saya lagi.

“Itulah favourite dia orang. Dari segala jenis keropok, gula-gula, asam-asam, ais krim dan mee segera. Hari-hari mesti makan.”

“Akak kerja syif. Abang pun sama. Jadi kami tinggalkan duit. Dia orang berkenduri sakan.”

Cerita Kak Kiah seolah-olah ada penyesalan.

Saya tarik nafas panjang. Masa berbual dengan Kak Kiah anak-anak Kak Kiah masing-masing menjinjing junk food.

Junk food atau makanan ringan melemahkan sistem imun kanak-kanak.

Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri.

Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap.

Junk food juga ganggu otak. Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar.

Apabila belajar susah lekat. Berulang kali pun pelajaran tak masuk. Menjadi benak.

Natijahnya kena marah.

Hantar tuisyen terbaik pun tidak akan membantu.

Hantar pula ke kem motivasi. Habis duit berkoyan-koyan.

Balik ke rumah masih tiada perubahan.

Tuisyen atau kem motivasi itu umpama software.

Walau software itu baik, andai hardware iaitu otak tidak baik masakan software dapat dimuat naik ke hardware?

Baiki hardware. Baiki otak.

Usah beri racun pada otak. Makanan ringan bukan makanan.

Makanan ringan adalah racun. Usah kita racun anak dan diri sendiri.

Jaga otak, otak akan jaga kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Apa Dengan Diet Karnivor? [Bahagian 1]

4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

5 Tips Mudah Elak Muka Kembang (Puffy Face)

“Kenapa Berat Tak Turun?” – Bagaimana MCT Oil Bantu Weight Loss?

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Scroll to Top
0