Anakku, Jadilah Seperti Pensil, Biar Ayah Jadi Pemadamnya

JADILAH SEPERTI PENSIL

Kisah berbual bual dengan Akhyar, anak ketiga. Dia tingkatan 5 tahun ini. Akhyar ajukan soalan.

“What is your expectation of me, dad? After SPM.” Dia lihat wajah ini. Menunggu jawapan.

Aku melihat ke luar. Melepaskan pandangan. Melihat hujan yang turun membasahi bumi Kuching.

“Ayah suka Yar jadi pensil. Biar ayah dan mak jadi pemadam.” terangku dengan nada suara yang perlahan sambil bahunya disentuh.

“Me, pencil? You and mom rubber. What do you mean?” Akhyar mencari kepastian. Wajah ini direnung lagi.

“Yar, pensil ada tiga bahagian. Di luar kayu. Di dalam mata, isi atau lead yang berwarna hitam. Di atasnya ada pemadam.” Kataku berikan penjelasan.

“Ya ya, I know that,” katanya sambil ketawa kecil.

“Pensil akan hasilkan sesuatu yang cantik di atas kertas apabila matanya tajam. Lukisan dan tulisan tampak jelas. ‘Sharp’, tidak kabur dan serabut.

Pensil hanya mampu berikan hasil begitu apabila diasah. Apabila diasah pensil sakit. Perit. Mungkin kecewa.

Hanya apabila diasah dalamannya akan terserlah. Mata dan isinya tajam. Mampu berikan hasil yang cantik dan menarik.

Benarkan diri Yar diasah semasa tingkatan 5 ini. Biar muncul mata dan isi yang tajam dan cantik itu.” kataku memberi metafora buat Akhyar.

Akhyar angguk. Mungkin faham barangkali. Dia memandangku seolah menunggu kata seterusnya.

Aku sambung. “Pensil walaupun tajam dan cantik pasti tersalah tulis. Apabila salah perlu dibetulkan. Perlu dipadam.

Biar ayah jadi pemadamnya. Memadam kesilapan dan kesalahan Yar.”

“Tapi pemadam akan jadi kecil!” kata Akhyar. Terdengar sedikit cemas. Matanya berkaca walau senyuman cuba diukir.

Aku senyum. Bahunya disentuh lagi. “Itulah tugas seorang ayah. Korbankan diri agar kesalahan anaknya tidak terlihat lagi.

Dalam proses padam itu pemadam terluka. Sebahagian dari dirinya hilang. Tapi dia tidak berhenti.

Dia terus memadam. Dia mahu lihat hasil pensil yang terbaik. Sedangkan dia makin kecil dan menipis.

Ayah dan emak makin tua. Sedikit dari diri kami akan hilang ditelan zaman. Apa yang penting, pensil terselah tajamnya. Makin cantik lukisan dan tulisannya.

Pensil yang cantik dan tajam itulah Yar.” Bahunya sekali lagi disentuh. Akhyar dengan pantas memelukku.

Terasa hangat air matanya menitis mengenai bahu kananku.
Ku biarkann dia dalam esakkan. Ku biarkan air mata ini berjuraian.


Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0