Apa Gajet Buat Pada Pelajar Universiti?

Gajet seperti benda wajib.

Tiada gajet seolah hidup tidak sempurna. Gajet umpama nyawa.

Kajian dari University of Gothenburg, Sweden timbulkan rasa gusar.

Membaca laporannya membimbangkan.

Kajian mereka ke atas pelajar universiti. Berumur antara 20-24 tahun.

Mereka mahu kesan guna gajet berlebihan ke atas pelajar-pelajar ini.

Kesan ke atas pengguna tegar adalah T.S.M:

T – Gangguan pada TIDUR.

Gelombang OTAK menjadi tidak menentu. Tidur tidak nyenyak.

Bangun badan jadi letih. OTAK gagal menerima input pelajaran. Jadi blur.

The California Department Of Public Health keluarkan guidelines.

Di dalam guidelines dimasukkan kajian-kajian yang kaitkan pendedahan kepada Radio Frequency Enery atau RF ini dengan kanser dan penyakit lain.

S – Stres.

Tingkatkan stres pada pelajar wanita.

Muka berkerut berkedut. Hilang kolagen.

Kajian dari Media Paychology Research Center di California sahkan peningkatan jumlah stres disebabkan penggunaan berlebihan gajet.

Semuanya berpunca dari sharing gambar, siber buli, dan online aggression.

M – Murung.

Tanda jelas pada pelajar lelaki.

Simptom yang dilapor selalunya sakit badan. Bukan simptom emosi.

Kenapa berlaku?

Mengikut kajian dari University of Michigan, Ini disebabkan oleh fenomena ‘cognitive arousal’.

Berlaku disebabkan kekerapan menonton video dalam sosial media sebelum tidur.

Emosi yang hadir tertanam dalam diri sebelum sempat diproses.

Pelajar atau pengguna gajet terus tidur.

Seperkara lagi ialah membuat self diagnosis sendiri apabila ada simptom kesihatan.

Pengguna gajet cenderung untuk selarikan simptom dengan diagnosis yang dijumpai semasa carian.

Tanpa melalui orang yang punya autoriti dalam bidang kesihatan mereka letakkan diagnosis sendiri.

Perkara sebegini beri tekanan pada diri dan sebabkan kemurungan.

Lebih buruk lagi apabila ubat ditempah secara online.

Tanda merudum prestasi OTAK sangat jelas.

Apabila keputusan peperiksaan keluar, ada penyesalan muncul.

TSM adalah bukti dari kajian.

Semunya beri kesan kepada tahap kesihatan mental seseorang.

Semuanya beri kesan pada OTAK manusia.

Otak kita tanggungjawab kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top