in

Apa Jadi Apabila Otak Dijaga

 

Apabila OTAK dijaga kesannya MENAKJUBKAN. Walau di usia tua, yang ditakluk masih juga bahagia.

Saya teringat kisah Madame Jeanne Calment. Direkodkan sebagai manusia tertua pernah hidup di Perancis. Usia akhirnya mencecah 122 tahun.

Disebalik usia lanjut itu, hidupnya tidak dihurungi penyakit. Tidak nyanyuk. Jauh sekali kemorosotan memori.

Pada usia beliau 94 tahun, dia jualkan apartmentnya pada seorang pengusaha. Memandangkan usianya yang lanjut, pengusaha tersebut benarkan Madame Calment tinggal di situ sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Apa yang berlaku ialah pengusaha itu meninggal 10 tahun kemudian. Madame Calment masih sihat. Masih cergas. Terus hidup.

Beliau terus menghuni di apartment itu selama 17 tahun secara percuma. Akhirnya pada usia 122 tahun dia meninggal dunia.

Kisah hidupnya mudah. Awal pagi sudah mulakan kehidupan. 4:30 pagi sudah tercegat. Segar dan sihat.

Dia sentiasa bersenam. Sekadar berjalan. Keliling kampung menghirup udara nyaman.

Dietnya ialah pula MUDAH. Diet OCOC atau Brain-based Diet. Tidurnya juga awal. Tidak kurang dari 7 jam.

Madame Calment adalah manusia seperti kita. Dia buat pilihan untuk sihat. Dia pilih gaya hidup untuk pastikan OTAKnya terus CANTIK terus CERDIK. Walau ke penghujung usia.

Menarik bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bersyukur Saat Di Uji !

Coaching Bersama Robin Sharma