in

Cute LOL Love OMG

Apple Cider Boleh Kuruskan Badan?

Ini soalan lazim menerjah ke FB. Apple cider ok atau tidak? Tak bahaya ke?

Kebaikan Apple Cider adalah scientifically dan clinically proven. Jenama Bragg contohnya dibangunkan oleh pasangan suami isteri yang punya PhD dalam kajian Apple Cider.

Tahun 2010 selesai training di Harvard Medical School saya sambung di University of Pennsylvania.

Semasa di sini kebetulan berjumpa dengan orang Melayu di masjid. Dia berkahwin dengan orang tempatan.

Dia teruja apabila saya sebut saya asal Malaysia. Saya dibawa jumpa keluarga serta pusing-pusing Pensylvannia.

Dalam ronda ronda itu singgah ke Farm Product Exhibition. Salah satu yang dipamerkan ialah Apple Cider Braggs. Kebetulan pasangan suami isteri yang beri pengisian.

Saya duduk, dengar dan lihat data kajian yang dikongsi. Puas hati. Percaya.

Banyak betul kebaikan Apple Cider dari sudut kajian mereka. Antaranya:

• Legakan heart burn
• Cegah gula naik mendadak disebabkan ambil karbo ringkas
• Banyakkan bakteria baik dalam usus – otak kedua manusia.

Ada banyak mitos pasal Apple Cider. Contohnya minum Apple Cider boleh kurus.

Apple Cider hanya bantu tingkatkan metabolisme.

Tapi kalau asyik makan karbo ringkas, processed food, makanan tinggi gula, Apple Cider malas nak buat kerja. Merajuk dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Frankensfood: Makanan Yang Diperbuat Daripada Bahan Kimia Yang Ada Di Dapur Kita

Amalkan Sayur Ini Untuk Elakkan Stress