Apple Pixar Storytelling

Bagaimana Penjualan Apple Mula Meningkat Dengan Storytelling

Dalam kajian ilmu otak, kita habiskan 30% dari masa kita dengan berangan-angan.

Fikiran terawang awang. Dalam Bahasa Inggeris disebut daydreaming.

Menariknya fikiran terawang ini terhenti apabila kita lakukan 3 perkara – membaca, mendengar atau melihat cerita atau story.

Cerita atau storytelling menarik minat.

Umpama gam lekatkan minda pada cerita.

Pakukan manusia pada kerusi.

Ambil contoh Apple dan Steve Jobs.

Apple berkembang setelah Jobs bangunkan Pixar – Syarikat filem animasi gunakan teknologi komputer.

Apple Pixar StoryTelling
Sumber gambar: https://www.hollywoodreporter.com/

Di Pixar Jobs bercampur dengan storyteller.

Di Pixarlah Jobs sedar resepi kejayaan letak pada adunan cerita yang digarap kepada pelanggan.

Pada tahun 1983, Jobs masih lagi di Apple sebelum dibuang.

Dia lancarkan komputer bernama Lisa. Iklan dirancang.

Iklan 9 mukasurat dikeluarkan di New York Times. Segala hal teknikal dimasukkan. Terlalu detail.

Apple Pixar Storytelling
Sumber gambar: https://www.mac-history.net/

Natijahnya Lisa gagal. Job ditendang keluar dari Apple.

Beberapa tahun kemudian Apple beli Pixar.

Jobs kembali semula ke Apple.

Berbekalkan ilmu baharu, ilmu storytelling, Apple beralih arah.

Dari iklan 9 muka surat, tinggal hanya 2 perkataan di papan iklan – THINK DIFFERENT.

Fokus Apple beralih untuk jadikan pelanggan sebagai hero dalam cerita Apple.

Fokus pada peranan Apple dalam kisah jaya pelanggannya.

Apple Pixar Storytelling
https://www.sfgate.com/

Apple beri alat atau tools untuk lonjakan potensi pelanggan.

Secara umumya otak manusia umpama kuda liar.

Hanya mudah tertambat dengan cerita atau storytelling.

Apabila kita mahu tambat pelanggan, gunakan stoytelling.

Kalau kita mahu effective parenting, ikat anak-anak dengan storytelling.

Apabila kita mahu kuasai otak pekerja, bungkus arahan dengan storytelling.

Apple Pixar Storytelling

Storytelling ada kaedah dan cara. Bukan semberono. Bukan keakuan bukan kesayaan semata.

Bukankah ketika baginda Rasul (baca selawat) sedang bersedih, Allah turunkan surah Yusuf, surah penuh kisah, sebagai perawat duka lara baginda (baca selawat)?

p/s: Ada yang mahu belajar effective communication melalui ilmu EKSLUSIF ‘Neurolanguage‘ pada 5 October nanti? Ilmu storytelling ditambah dengan penggunaan PERKATAAN yang mempengaruhi OTAK kita dan pendengar.

Untuk tambat hati PELANGGAN, untuk tambat hati PASANGAN, ANAK-ANAK, RAKAN, TEMAN SEKERJA, PEKERJA dan semua.

Daftar SEGERA dengan harga EKSLUSIF mampu milik. Sebelum harga dinaikkan ke harga asal.

KLIK SINI untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

5 Tips Mudah Elak Muka Kembang (Puffy Face)

“Kenapa Berat Tak Turun?” – Bagaimana MCT Oil Bantu Weight Loss?

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Tips Elak Sakit Tulang Belakang (Pinggang)

Scroll to Top
0