Azam 2025 – Bukan Sekadar ‘Upload’ Status Di Medsos

Dah mula ler tu..

Esok dah masuk 1 Januari 2025🗓

Boleh cuba check status rakan-rakan,

Confirm ramai lah yang up status klise😏

“2025, Here I Come!”

“Please Be Nice To Me, 2025”

“Tahun Ni Aku Nak Kurus”

Yang no. 3 tu paling ramai kelentong.

Lagi lagi bila anda dah kenal sangat empunya tuan badan,

Itu semua janji palsu jer!

Sama macam status tahun tahun lepas😂

Tapi apa yang saya nak cerita dekat sikit bukan masalah azam.

Siapa jer yang tak nak jadi versi terbaik diri sendiri kan?

Cuma,

Kalau sekadar upload status TANPA tindakan,

Azam akan jadi sekadar kata-kata.

Bak kata orang puteh,

“Let actions do the talking🗣”

Dalam hidup, jangan kita bentuk AZAM KOSONG.

Bab perubahan kemain cakap besar mengalahkan ahli politik,

Tapi langsung tak ready untuk disiplin & konsisten.

Tahun demi tahun, skrip yang sama.

Hidup maintain di takuk yang sama.

 

Lagi satu, henti bagi ALASAN.

“Alah sibuk lah”

“Tak ada masa”

Lagi lagi bab bersenam🚴‍♀️

The truth is,

Kita bukan sibuk, kita cuma MALAS.

Sibuk akan jadi alasan,

Bagi mereka yang OKEY dengan kelemahan diri sendiri.

 

So, apa boleh belajar dekat sini?

Tiada masa tertentu,

Untuk buat perubahan diri ke arah lebih baik.

Tak perlu pun tunggu Tahun Baru.

Nak mulakan hari ini pun dipersilakan.

Kalau betul nak ubah gaya hidup,

Nak ubah nasib diri,

Mulakan dengan langkah kecil & realistik.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Scroll to Top