Bagaimana ‘Ingredient’ Makanan Menipu Kita

Semalam singgah supermarket. Nak beli makanan kucing. Sambil sambil tu tengok juga apa ada rak rak sebelah.

Bila perhati satu persatu rasa tak puas hati pun ada. Rasa tertipu pun ada. Hampir semua makanan yang dilihat ada ingredient ni:

Hydrolyzed vegetable protein, hydrolyzed protein, hydrolyzed plant protein, plant protein extract, sodium caseinate, calcium caseinate, yeast extract, textured protein, autolyzed yeast dan hydrolyzed oat flour.

Semua ni sama jenis dengan MSG. Sekarang banyak label tidak tertulis perkataan MSG. Kita rasa selamat dan beli. Tertipu jadinya.

Ada satu kajian yang menakutkan pasal MSG ni.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition. Keluaran Jun 2011. Kajian di jalankan di China. Libatkan 10 ribu orang selama 5 tahun 6 bulan.

Kajian dapati pengambilan MSG sebabkan obesiti.

Apabila diambil dengan kadar 5mg sehari sebabkan kita jadi obes berlebihan iaitu sebanyak 30%.

Makanan di kedai, makanan proses, makanan segera, sos semuanya ada MSG. Nilainya lebih dari 5mg.

Cuba semak apa yang dimakan tadi. Cuba rancang apa yang akan dimakan selepas ini. Tengok label sebelum beli.

#DrRizal
#cocoOCOC

Anda Juga Mungkin Berminat

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Apa Itu Autophagy? Kenapa Ada Orang Puasa Makin Sihat, Ada Yang Makin Lemah

Kerap Sakit & Mudah Jatuh Demam? Ini Herba Semula Jadi Yang Bantu Naikkan Sistem Imun Tubuh

9 Makanan Bantu Baiki Pernafasan Secara Semula Jadi

Kulit Kusam & Cepat Kering? Ini 6 Minyak Terbaik Untuk Kulit Nampak Sihat & Glowing

Mandi Air Panas Atau Air Sejuk? Jawapan Ini Buat Ramai Orang Selalu Silap

Scroll to Top