Makanan Tidak Berkhasiat

Bagaimana Jajan Kecilkan Pusat Memori Otak

Waktu itu aku sedang menuils laporan. Tengah kusyuk menulis, terdengar namaku disebut.

Dr Andy sudah berada di sisi ketika aku berpaling. Dengan penuh teruja dia mengajak aku ke lab.

Dr Andy adalah pakar neuropsikiatri. Hampir tiga dekad menabur bakti dalam dunia psikiatri. Pendekatannya sedikit berbeza.

Apabila tidak sama pasti mengundang jelek bicara. Ramai jadi tukang kutuk. Tukang fitnah.

Sehingga Dr Andy dihadap ke lembaga disiplin bidang perubatan. Dr Andy tidak berundur. Tidak kendur.

Ketika orang lain mengasing diri, Dr Andy keluarkan data saintifik. Terus dengan dunia imbasan otak

Ya, dulunya tidak pernah rawatan psikiatri gunakan imbasan otak. Biasanya Talk Therapy. Dia melawan arus.

Kini dia dihormati. Khidmatnya ditagih. Pendapatnya jutaan nilaiannya.

Keluar dari bilik kami berjalan beriringan. Dr Andy tunjukkan hasil imbasan otak Jay. Seorang pesakit berusia 19 tahun.

Dia tunjukkan bahagian Hippocampus. Pusat memori manusia. Aneh.

Hippocampus Jay lebih kecil saiznya. Dr. Andy bertanya kepadaku. Apakah punca Pusat Memori ini mengecil.

Berat soalan ini. Aku berfikir sejenak. Mencari jawapan yang terbenam dalam subconscious mind.

Dengan tenang aku menjawab. Puncanya PUSAT MEMORI MENGECIL ialah MAKANAN RINGAN atau JAJAN.

“Betul,” kata Dr Andy. “Spot on,” tambahnya lagi lebih teruja wajahnya kali ini.

Jay selalu habiskan masa dengan makanan ringan. Berjajan sahaja. Pada jajan ada pewarna. Ada perasa.

Pada jajan ada bermacam bahan kimia. Semuanya mengakis. Semuanya merosakkan.

Bagaimana mahu belajar apabila pusat memori makin mengecil? Bagaimana dapat jadi pintar terdidik apabila OTAK DIRACUN JAJAN setiap hari?

Jangan SHARE, TAG dan LIKE nanti gulung tikar pula pengeluar jajan dan makanan ringan berbahaya ini.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Tekak Rasa ‘Berapi’ Lepas Telan Minyak Zaitun?

Scroll to Top