Penggunaan Handphone Dengan Kekerapan Yang Tinggi Mengganggu Gelombang Otak

Ini kisah di Canberra. Lebih tiga tahun menyantuni manusia punya masalah tidur. Jumlah pesakit dirawat lebih dari 9 ribu.

Pesakit yang datang diuji gelombang OTAK mereka. Itulah kerjaku. Satu persatu gelombang OTAK diperhalusi.

Dalam ribuan itu lebih dari 300 punyai gelombang OTAK Alpha yang luarbiasa. Apabila diamati ada yang 300%. Ada sehingga 500% bezanya.

Ini berlaku apabila mereka pejam mata. Sepatutnya mereka lebih relaks. Tetapi gelombang gambarkan keadaan yang mereka ini hampir terkena sawan.

Kenapa begini? Aku tertanya tanya dan mula menyoal di dalam kepala. Aku bincang dengan bosku. Pakar dalam bidang Sleep Medicine.

Aku tunjukkan pattern luarbiasa ini. Dia arahkan aku untuk temuduga mereka punyai gelombang alpha seolah olah terkena sawan.

Setelah siap 100 temuduga, dapatannya mengejutkan. Hasil konsisten.

Baharu aku tahu apabila kita guna smartphone dengan kadar kekerapan yang tinggi, ia ganggu gelombang OTAK kita. Begitu dekat untuk terkena SAWAN.

Pendek kata kerap dengan gadjet dan berOnline, dekatkan kita dengan jurang Sawan. BAYANGKAN!

Ketika menulis coretan ini saya tertanya tanya apa yang tuan/puan LIHAT, DENGAR dan RASA apabila selesai membaca?

Apabila kita sayang diri sendiri, sayang keluarga, anak-anak, suami/isteri, catu catu sedikit cara kita guna smartphone dan beronline.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Hati-Hati! Ini 3 Bahaya Salmonella Anda Perlu Tahu

Sedikit Bekal Khasiat – 5 Khasiat Utama Daging Lembu

29 Tips Bantu Anda Cegah Risiko Pre-Diabetes!⚠️

4 Punca Sakit Kepala Lepas Memakan Daging

6 Kebaikan Mandi Air Sejuk Pada Waktu Pagi

12 Manfaat Ubi Kayu Untuk Kesihatan Ramai Jarang Tahu

Scroll to Top