Bahaya Masin Garam

Masa masak untuk berbuka hati masa tabur garam. Maklumlah tak boleh nak rasa. Main campak jer.

Terlebih campak nanti niat hati nak kurus dan langsing tinggal kenangan sahaja.

Ada kajian keluar Mei 2017 di Journal of Clinical Investigation. Kajian ini dapati masin naikkan selera makan. Kita jadi pelahap. Asyik tambah jer.

Perasan tak kenapa ayam, fries dan yang sama waktu dengannya masin.

Inilah sebabnya.  Nak bagi kita makan lebih. Bila makan lebih kita membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar.

Ingatkan bila puasa boleh kurus. Bila tengok di cermin ada benjolan kat kiri kanan. Ala limpahan muffin. Baju pula makin sendat.

Sakitnya tu di mana? Cuba tunjuk.

Bukan itu sahaja bahayanya ambil makanan masin. Makanan masin dikaitkan dengan masalah ginjal, jantung dan darah tinggi.

Bulan puasa ini berdamailah dengan rasa. Kurangkan masin sikit. Nak maintain masin yang sama pastikan beli brand garam yang sama. Guna sudu sukat yang sama.

Tidaklah makanan jadi terlebih masin atau terkurang garam. Man man kata orang sekarang.

Boleh boleh?

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

3 Sebab Kenapa Anda Cepat Lesu Bila Tidur Lepas Sahur

Bagaimana Kita Jadi Lapar? Rupanya Otak Anda ‘Tipu’ Anda Tanpa Sedar

Rahsia Otak Di Sebalik Puasa dan Al-Quran Yang Jarang Dibongkar

Puasa Boleh Naikkan Human Growth Hormone 5x Ganda? Ini Fakta Ramai Tak Tahu

Kajian Dedah Rahsia Puasa Pada Otak: Otak Jadi Lebih Kuat, Risiko Depresi Turun?

Scroll to Top