6 Risiko Bahaya Paraben Dalam Produk Penjagaan Diri

Paraben ni pengawet.

Khususnya pengawet untuk produk self-care.

Antaranya krim, ubat gigi, bodywash, bedak, lotion, maskara.

Paraben dihasilkan daripada sumber sintetik.

Kenapa Paraben jadi pilihan?

Paraben punyai sifat antimikrobial.

Tujuan cegah kuman dan bakteria daripada terbentuk dalam produk penjagaan diri.

Paraben juga lebih murah untuk komersial.

Dan untuk tahan lebih lama. Nama nama lain bagi Paraben;

Methylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Isobutylparaben, Isopropylparaben.

Potassium methylparaben, Potassium ethylparaben, Potassium propylparaben, Potassium butylparaben,

Sodium ethylparaben, Sodium methylparaben, Sodium butylparaben, Sodium isopropylparaben, Sodium propylparaben, Sodium isobutylparaben.

Kajian yang kaji pasal kesan Paraben ada dalam produk kosmetik.

Dalam International Journal of Research (2022) dapati,

Paraben dikaitkan dengan kesan toksik seperti mengganggu fungsi endokrin tubuh.

Tubuh digula gulakan oleh Paraben bahawasanya Paraben ialah sebahagian daripada hormon tubuh.

Impaknya pada keseimbangan hormon, peningkatan jumlah sel lemak penyebab kegemukan.

Paraben juga dikaitkan dengan keupayaan untuk meniru hormon Estrogen.

Impaknya pada risiko breast cancer.

Paraben juga beri kesan negatif terhadap sistem reproduktif wanita.

Dan boleh sebabkan iritasi kulit dan alergi.

Kesan lebih teruk bagi yang ada masalah kulit contohnya psoriasis dan ekzema.

Mahu selamat daripada kesan di atas?

Cuba cari produk-produk yang tak mengandungi Paraben (Paraben-free).

Terutama untuk yang sensitif. Untuk kegunaan bayi atau ketika sedang hamil.

Ada banyak produk organik bebas bahan kimia.

Seperti Paraben, Sodium Lauryl Sulfate (SLS) serta bahan kimia lain.

Rajinkan diri periksa label produk sebelum beli.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Ambil Kalsium, Tapi Tulang Tetap Rapuh: Ini 25 Tumbuhan Tinggi Vitamin K7

17 Tumbuhan Tinggi Air Alkali Yang Bantu Hidrasi Sel & Seimbangkan pH Tubuh

12 Herba Lawan Inflamasi Yang Bantu Tenangkan Tubuh Dari Dalam

10 Makanan Bunuh Parasit Secara Natural

Ramai Makan Kubis Cina, Tapi Tak Ramai Tahu 13 Nutrien Penting Ini

10 Kebaikan Habbatus Sauda Ramai Tak Tahu

Scroll to Top