6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Banyak kajian dapati,

Racun serangga bersifat ‘neurotoxic’ terhadap kesihatan 🧠

Dan juga kepada sistem saraf tunjung (CNS).

Terdedah kepada racun serangga juga beri impak buruk pada kesihatan OTAK.

Risiko masalah neurologi termasuk:

  • Alzheimer’s (nyanyuk)
  • Parkinson’s 
  • Amyotrophic lateral sclerosis (ALS)

Risiko masalah kronik yang semakin meningkat iaitu:

Kanser, osteoporosis, cacat kandungan, gangguan reproduktif (kesuburan).

Sistem imun merosot, gangguan perkembangan (autism, speech delay).

Ramai antara kita tak aware dengan perkara ni.

Macam mana cara betul cuci buah & sayur?

Biar bersih sepenuhnya dari racun serangga/coating?

Guna 3 bahan ini:

  • Garam
  • Cuka putih
  • Soda bikarbonat (boleh campur lemon)

Campur salah satu bahan dalam air suam suam kuku.

Rendam buah atau sayur selama 10-15 minit.

Kalau rajin sikit, boleh lurut daun & kulit. Gosok dengan lembut.

Lepas tu, baru bilas dengan air mengalir.

Kalau bilas dengan air saja, masih ada sisa sisa racun melekat.

Sama juga untuk keluarkan serangga.

Yang mungkin bersembunyi di celah celah daun.

Kalau mampu, carilah sumber organik.

Lagi satu, basuh guna dish detergent atau sabun.

Bahan ni tak sesuai digunakan atas produk makanan.

Risiko bahan kimia meresap masuk ke dalam makanan sangat tinggi.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Minuman Bergula Kecilkan Otak? Kajian Dedah Risiko Strok dan Nyanyuk

Hilangkan Rasa Mengidam Manis Dalam 3 Langkah Mudah

Berat Naik Selepas Raya? Ini Sebab Kenapa Makanan ‘Sedap’ Boleh Jadi Musuh Tersorok Anda

4 Tips Sihat Berhari Raya Supaya Otak Cerdas dan Badan Kekal Bertenaga

Lagu Raya dan Otak: Kenapa Kita Mudah Sebak Bila Mendengarnya?

Scroll to Top