Makanan Tidak Berkhasiat

Bahaya Restoran Segera Uncle Sam – Diet & Otak

Lambakan restoran segera Uncle Sam ada di mana-mana. Makanan orang Amerika ini cuba disebati dengan kita.

Warna-warna brandingnya sarat seni psikologi.

Melihatnya sahaja seperti diundang undang. Mendengar lagu temanya seperti di tarik-tarik. Melimpasi premis-premis hidung terasa ditusuk aroma bau masakannya.

Seolah menggoda kita untuk merasa. Iklan-iklannya pula sentiasa menggiurkan. Mempesona.

Ianya dieksport keluar lantaran “mudahnya” diet ini.

Golongan saintifik di sana menegaskan diet mereka mengundang kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety). Kedua-duanya memberi kesan kepada otak.

Kemurungan menyebabkan bahagian sistem limbik di dalam otak menjadi terlebih aktif.

Kebimbangan menjadikan amygdala (pusat emosi) menjadi terlalu aktif. Hippocampus (pusat memori) pula mengecil. Anterior Cingulate Gyrus juga berpesta.

Begitu juga Basal Ganglia. Berdansa.

Umumnya remaja termasuk pelajar universiti menjadikan restoran-restoran segera sebagai destinasi pilihan. Tanpa mengetahui makanan yang dijamah boleh menyebabkan pusat memori yang penting untuk pembelajaran mengecil.

Mereka adalah golongan yang aktif belajar. Pusat memori perlu dibesarkan. Dibajai. Banyak data yang perlu disimpan di dalamnya.

Mana mungkin banyak data dapat disimpan kalau ruangnya kecil.

Ironinya sayangkan muka, pencuci muka, bedak kompak dan penghalang UV diletak.

Sayang badan, disarungkan pakaian yang indah-indah. Diletakkan wangian.

Sayang otak dimasukkan toksid dan racun. Kenapa ya?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top