in

Cute LOL Love OMG

Belajar Perkara Baharu

Manusia keluarkan 70,000 fikiran atau thoughts setiap hari.

90% dari fikiran ini adalah fikiran semalam. Fikiran masa lalu.

Ini jadikan kita hidup pada hari ini dengan fikiran masa lepas.

Kenangan masa lalu. Program otak kuno yang ketinggalan zaman.

Program otak ini mungkin warisan dari ayah ibu. Faraid dari datuk nenek.

Mungkin pakaian otak yang dipakai hasil tarbiah slot drama jam 7 malam.

Apabila fikiran ini diulang, ia kuatkan lagi cara fikir itu.

Ia letakkan corak fikir ini dalam senarai paling atas.

Seperti mesej whatsapp yang baharu masuk.

Mengungguli takhta fikiran popular minggu ini.

Otak adalah recorder. Ia adalah rekod masa lalu. Sebuah arkib.

Ia mainkan apa yang kita mahukan. Tukar cara fikir. Tukar program minda.

Cara mudah ialah belajar walaupun online. Perbaharui ilmu. Tingkatkan tahap tahu diri.

Belajar perkara baharu bantu kita berfikir cara baharu. Pecahkan monopoli 90% cara fikir lama.

Ayuh merdekakan diri fikiran lama. Keluar dari ikatan fikir lapuk.

Bebaskan diri dari corak dan program fikir masa lalu.

Tak lama lagi akan ada NeuroConference yang dikendalikan oleh saya dan 2 rakan dari Australia. Berkongsi ilmu otak terbaru. Khas untuk mereka yang ingin prestasi otak mereka melonjak.

Rebut peluang untuk baiki diri.

Ambil masa emas ini untuk lonjakan potensi idaman.

Ayuh merdekakan diri dari 70,000 thoughts atau fikiran lama.

Keluarkan Hantu Mak Limah yang ganggu tenteram dan damai kampung di minda kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berfikir Cara Steve Jobs

Anak Aku Makan Apa?