Berbeza Ke Memori Wanita Dengan Lelaki?

Berbeza ke memori wanita dengan lelaki?

Para wanita dan ibu memang saya SALUTE. Penyelamat dalam kehidupan berkeluarga.

Takde mereka, boleh kucar kacir hidup.

Tengok ibu kita. Segalanya disediakan untuk memudahkan hidup harian kita. 

Basuh baju, sediakan makanan, lipat baju, kemas rumah.

Betapa bersyukurnya kita.

Ibu bagaikan Wonder Woman buat anak-anak.

Betul tak?

Sememangnya layak digelar sebegitu sebab wanita ni ada kebolehan untuk multitask.

Lelaki tak boleh.

Mungkin ada tapi jarang jumpa lelaki yang boleh buat banyak kerja sekali gus.

Betul tak?

Inilah realiti dari mata kasar. Tapi apa pula kata sains?

 

Baiklah.

Konsep multitask ni sebenarnya tak berapa sesuai digunakan.

Lain kata, tak tepat untuk guna perkataan multitask. 

Ini kerana wanita sebenarnya bukan boleh multitask, tetapi mereka mampu buat banyak kerja dalam satu masa.

Dua konsep ni berbeza ye.

Otak manusia secara semula jadinya memang tak boleh multitask.

Contohnya, menulis dan memasak serentak pada pukul 12.45 tengahari. 

Kalau superhero The Flash mungkin boleh.

Tapi itu fiksyen. Tak berfungsi dalam realiti.

Bila ada cubaan untuk buat dua aktiviti serupa pada masa serupa.

Mereka akan bersaing untuk guna bahagian otak yang sama.

Akibatnya, otak jadi jem. Tak boleh proses.

Tapi!

Kalau menulis sambil memasak dengan masa diberi sebanyak 30 minit. Boleh dicapai.

Sebenarnya, dalam masa 30 minit tu, wanita gunakan untuk menulis sambil jaga anak kecil.

10 minit siap tulis, kemudian selitkan masa untuk masak sup.

Berbakikan 10 minit, mereka basuh baju dan sidai baju.

Kalau lelaki, diminta goreng 3 ekor ikan.

Selama 30 minit tu memang akan tunggu kat situlah sampai ikan tu masak.

Ni bukan auta. Memang fakta.

Lepasni boleh suruh suami ambil alih tugas kat dapur. 

Bukan itu saja, kaum wanita ni Tuhan bagi kelebihan dari segi ingatan yang lebih baik berbanding lelaki.

Rasa Macam ‘Multitasking’ Tapi Sebenarnya Tak.

Otak manusia pakar dalam menukar aktiviti dalam masa yang cepat.

Ni membuatkan kita rasa macam kita buat pelbagai tugas sekali harung.

Tapi sebenarnya, otak bekerja pada satu aktiviti pada satu masa.

Otak lelaki diciptakan untuk proses tindakan dan maklumat tertentu secara tertumpu dan tunggal.

Manakala, otak wanita boleh proses pelbagai bentuk input deria sekali gus.

Sebab itu, wanita lebih mudah untuk bertukar tugas ketika melakukan tugas berlainan.

Lebih cekap dan laju.

Satu kajian Institut Psikologi gabungan dua universiti di German (2019) mendapati,

Kecekapan otak wanita untuk selesaikan aktiviti lebih kurang sama saja dengan lelaki.

Apa yang membezakan, ketepatan dan kelajuan menyelesaikan aktiviti.

Kita tengok wanita ni steady je dia buat banyak kerja.

Lebih tenang dan teratur berbanding lelaki.

Lelaki pula cepat gelabah dan agak perlahan apabila disuruh buat banyak perkara.

Ditambah pula dengan wanita lebih banyak buat kerja rumah.

Kecekapan semakin hari semakin digilap.

Sudah jadi rutin harian.

Berbeza Ke Ingatan Lelaki Dengan Wanita?

Secara amnya, wanita punyai ingatan yang lebih baik berbanding lelaki.

Medical News Today menjelaskan,

Kira-kira 75 peratus orang mengalami masalah ingatan apabila umur semakin menginjak tua.

Antara punca paling biasa didengari iaitu dementia dan Alzheimer’s.

Juga, wanita lebih berisiko untuk terkena penyakit ini berbanding lelaki.

Namun, wanita yang otaknya menua dengan sihat sememangnya punyai ingatan yang lebih baik.

Walaupun usia sudah mencecah 60an ke atas.

Kajian oleh penyelidik dari Boston, MA dalam jurnal Menopause mendapati,

Hormon berkait dengan perubahan prestasi ingatan.

Eksperimen dijalankan untuk peserta berumur 45-55 tahun. Sebelum (pra), semasa (peri) dan selepas menopause (post).

Hasil kajian mendapati,

Wanita mengatasi lelaki dari segi prestasi memori.

Wanita pramenopause dan perimenopause skor lebih baik daripada wanita yang menopause.

Prestasi dikaitkan dengan tahap hormon lain termasuk estradiol tanpa mengira umur.

Estradiol ni pelengkap dua jenis lagi hormon lain.

Iaitu estriol dan estron bagi membentuk estrogen.

Wanita Lebih Mengingati Peristiwa Berbanding Lelaki?

Satu kajian yang dijalankan di Institut Karolinska dalam jurnal saintifik Psychological Bulletin menemukan,

Wanita mempunyai ingatan peristiwa yang lebih baik berbanding lelaki.

Mengingati apa yang dibuat kelmarin, seminggu lepas atau dua bulan lepas.

Manusia guna episodic memory – memori mengenai peristiwa.

Macam kita ambil mental snapshot. Kemudian simpan dalam database.

Wanita power bab ni.

Suruh mereka explain pasal event dua tahun lepas.

Sekecil kecil benda semua boleh dijelaskan.

Sebab itu kadangkala wanita dianggap macam komputer.

Sekecil manapun perkara itu, mereka boleh ingat.

Betapa luarbiasa kelebihan yang diberi pada wanita ni.

Ketua kumpulan penyelidik itu juga iaitu Agneta Herlitz merumuskan,

Wanita punyai keupayaan mengingat LEBIH BAIK berkaitan maklumat lisan (perkataan, ayat, teks, objek, lokasi objek atau filem).

Tambahnya lagi,

Lelaki punyai keupayaan mengingat imej abstrak LEBIH BAIK dan mampu ingat perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain.

Akan tetapi, wanita punyai kelebihan dari segi mengingati wajah ataupun mengenal bau.

Menarik bukan?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top