Berbudi Pada Tanah

Tengah asyik berbudi pada tanah, pandang atas langit sarat air. Tunggu masa untuk turun. Sempat juga membaja.

Pisang Alhamdulillah, tunggu hari sahaja. Pohon kurma benih dari Madinah sedang galak meninggi.

Benih hadiah dari Syed Hamdi. Saudagar kurma dari Ahmad Tamar Sdn Bhd. Kurma tanpa biji. Senang anak anak nak makan.

Ubi cilembu menjalar sakan. Kangkung Cina sudah beberapa kali dimakan. Masih terus segar.

Bab bercucuk tanam asalnya main bantai sahaja. Pokok pun hidup segan. Apabila berguru dengan Ah Seng, lain hasilnya.

Ah Seng ini tidak kedekut. Bila bercakap bahasakan diri sebagai Ah Seng. Bahasanya lembut. Sekolah tak habis katanya.

Asalnya sekadar beli buah dari Ah Seng. Hasil kebunnya banyak dieksport. Lebihan dibawa ke pasar.

Tanya pasal benih dia terus sahaja bawa minggu hadapannya. Ini bagusnya Ah Seng. Tetap kena beli bukan percuma.

Apabila tiada program, berhujung minggu dengan berkebun. Bersatu dengan. Tanpa kasut.

Jom hujan dah turun. Banyakkan doa.

 

Ti Wang Miaw – Kangkung Cina

 

 

 

Ubi Madu

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0