Berita Sedih Dan Otak

Dalam hidup berita sedih bukanlah asing.

Berita gembira juga tidak kurang berkunjung tiba.

Keduanya silih berganti. Ada juga yang bersifat neutral.

Antara ketiganya, berita sedih biasanya memberi kesan mendalam.

Ada pelbagai faktor menjelmanya berita yang kurang digemari ini. Salah satu penyebab adalah dari manusia.

Ya, walaupun manusia tidak suka pada berita sebegini, manusia jugalah penyumbang utama.

Berita buruk yang menjengah ke telinga menyebabkan amygdala yang bersaiz sebesar kacang almond menjadi aktif. Amygdala tugasnya ialah mengurus emosi.

Sistem limbik juga menjadi aktif. Letaknya di belakang telinga.

Emosi yang lebih dalam berpusat di sini.

Andai ada air mata yang mengalir, sistem limbik yang punya angkara.

Andai kita beri tumpuan kepada berita sedih ini, kedua-duanya menjadi aktif.

Andai dilayan berterusan, kesannya akan terganggu emosi. Kerja serba tak menjadi.

Lantas bagaimana perkara sebegini ditangani?

Ada 5 Cara :

1# Usah difikir kenapa. Usah dicari alasan. Memahami alasan tidak membantu.

2# Gantikan setiap suara negatif yang keluar dengan lima suara positif. 

3# Perkasakan suara positif dengan tindakan positif.

4# Fokus semula pada agenda utama.

5# Rancang dan usahakan strategi baru.

Biar kita menjadi pengawal kepada hidup kita. Biar kita penentu halatuju kita.

Anggaplah berita sedih sebagai iklan penaja pada tayangan wayang gambar kita. Wayang bersambung semula bila iklan selesai menunjuk rupa.

Teruskan hidup.

Usah berhenti berlari !

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top