Jalan Seronok

Bagaimana Berjalan Beri Kita Rasa Syok, Seronok & Best?

Pagi ni gelap sikit. Berangin. Dah nak habis walking hujan mula turun.

Kecil dan halus. Sempat habiskan juga jumlah langkah yang dikejar.

Keluar berjalan hujung minggu beza dengan hari biasa. Orang lebih ramai. Macam macam gaya dan peel.

Ada yang betul nak bersenam. Ada untuk leisure. Ada yang turun sekali, lepas tu empat bulan pula dia akan turun.

Apapun turun buat aktiviti tu dah cukup bagus. Mulakan dulu. Lepas tu jadikan habit.

Berjalan Seronok
Banyak manfaat keluar berjalan macam ni.

Kajian dari King College London dapati boleh turunkan risiko terkena depression atau kemurungan.

Ikut World Health Organisation atau WHO 300 juta orang mengalami kemurungan. Banyak tu.

Paling saya suka bab berjalan ni ialah bab prestasi otak. Berjalan baiki prestasi otak.

Bab ni dilaporkan dalam laporan Harvard Health tahun 2016. Disebut orang yang berjalan prestasi dalam exam lebih baik.

Satu perkara yang menarik tentang walking ni ialah kajian yang dibiayai oleh syarikat sukan wiggle di UK.

Mereka dapati bersenam selama 10 minit sudah keluarkan neurohormon endorfins.

Jalan Seronok

Hormon ni bagi kita rasa syok, seronok dan best.

Paling menakjubkan ialah ada beza antara lelaki dan perempuan dalam konteks keluar endorfins ni. Ada beza antara umur.

Wanita akan dapat hormon endorfins ni seminit lebih awal berbanding lelaki.

Bila berjalan pada minit 9 minit 7 saat perempuan dah nikmati endorfins.

Lelaki pula hanya dapat pada 10 minit 20 saat selepas berjalan. Patutlah abam-abam malas sikit nak berjalan kot.

Dalam kajian ni juga mereka dapat orang yang berumur antara 18-24 lagi cepat dapat endorfins. Hampir sama untuk umur kategori 45-54.

Dalam 7 minit dan dapat endorfin. Mujur saya kategori kedua ni.

Paling lambat dapat endorfin ialah geng umur 35-44. Lepas 12 minit baru endorfin keluar.

Yang paling saya suka bab berjalan ni ialah ia akan besarkan pusat memori atau hippocampus. Tapi kena berjalan 40 minit. Baru ada impak begini.

Berjalan Seronok

Ini adalah hasil kajian Prof Margaret Gatz. Beliau adalah professor psychology, gerontology dan preventive medicine di University of Southern California, Los Angeles atau UCLA.

Kajian beliau ada di Proceedings of the National Academy of Sciences.

Cerita berjalan ni senang jer.

Kalau berjalan 10 minit dapat neurhormon endorfins.

Kalau berjalan selama 20 minit, kurang 1/3 risiko kena depression.

Kalau berjalan 40 minit pusat memori jadi besar. Bab menghafal jadi power.

Yang penting berjalan sebelum kita yang ‘jalan.’

Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top