Berjalan Tumbuhkan Sel Otak Baharu

Pagi ini tiba lewat-6:30. Biasanya 6:10. Sampai hari dah sedikit cerah. Masih tiada orang.

Buat regangan ringan. Regangan penting. Elak dari terus slow jog atau brisk walk tanpa regangan.

Berjalan laju. Saya pastikan 1km bawah 10 minit. Baharu akan rasa kelainan, lebih power.

Berjalan ini dapat tumbuhkan sel otak baharu di pusat memori. Mahu jadi pemilik memori hebat, tidak nyanyuk di hujung usia rajin rajinlah berjalan.

Boleh rujuk di Proceedings of the National Academy of Sciences. Kajian yang dibuat tahun 2011 dapati orang dewasa yang berjalan 40 minit 3 kali seminggu hasilkan sel otak baharu. Bahasa neurosains ialah neurogenesis.

Jom kita. Saya dah 10k. Sihat itu penting. Sihat itu jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)

9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan

Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!

Ini 10 Kebaikan Anda Dapat Jika Minum Almond Milk

19 Kebaikan Oren Navel Ramai Tak Tahu

8 Kebaikan Kiwi Merah (Red Kiwi) Selain Manis Leting!

Scroll to Top