Teknik 6P Yang Digunakan Oleh Orang Berjaya

 

Kaisar Rom Marcus Aurelius Antonious sedang duduk berfikir. Senator yang berjumpa beliau baharu sahaja beredar. Dia memandang ke luar lantas berkata:

“A man’s life is what is a thought make of it” (kehidupan manusia adalah bagaimana cara mereka berfikir tentangnya).

Lama kata kata Kaisar Rome saya amati. Saya teringat buku buku autobiografi orang orang yang berjaya. Resepi mereka hampir sama. Walau jalan cerita awal masing masing berbeda.

Salah satu metodenya mereka amalkan ialah autosuggestion. Pengkaji psikologi juga banyak mengkaji hal ini. Diguna secara meluas dalam terapi.

Secara umumnya ada 6 P autosuggestion ini:

1. Positif – autosuggestion berfungsi pada ketika fikiran sedang positif. Tidak sebaliknya. Pilih kata kata positif yang kita mahu.

2. Powerful – lakukan dengan penuh yakin. Penuh rasa dan jiwa.

3. Precise – mesti tepat apa yang kita mahu. Tahu apa yang kita mahu.

4. Present Tense – kata kata rujuk kepada masa sekarang. Bukan masa lalu. Tidak juga merujuk pada masa hadapan.

5. Personal – Ianya mestilah tentang kita. Bukan orang lain. Ubah diri sendiri dahulu.

6. Picture – gambarkan apa yang kita mahu. Sejelas jelasnya. Deskripsinya tepat.

Mungkin autosuggestion 6P ini yang dimaksudkan oleh Kaisar Rom ini. Ilmu ini wujud hasil dari kajian ahli psikologi. Diguna dalam terapi klinikal.

Diguna untuk bangunkan ahli sukan profesional. Diguna oleh mereka mereka yang tempa kejayaan.

Diguna untuk tukarkan diri dari seperti kucing kepada singa. Semuanya di dalam minda. Soal diri siapa anda?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link ni kalau nak join t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top