Apa Berlaku Pada Tubuh Jika Berlari Setiap Hari?

Ada orang memang setiap hari akan luangkan masa untuk berlari.

Dah jadi gaya hidup. Kalau tak berlari, rasa tak lengkap.

Ada orang selang seli.

Hari cuti berlari. Hari bekerja rehat. Lain orang, lain cara.

Bergantung pada stamina masing-masing.

Apa jadi pada tubuh jika berlari setiap hari?

Lari tak perlu laju. Tak perlu pada jarak jauh.

Setiap hari cukup 15-30 minit.

Kesihatan kardiovaskular meningkat. Jantung dan paru-paru makin kuat dan efisien.

Bila kesihatan kardiovaskular makin bertambah baik, makin lama tubuh makin ringan berlari.

Mengah, semput dan side stitch (senak pada perut) makin menjauh. Pernafasan makin terkawal.

Bila berlari setiap hari, fungsi kardio-metabolik meningkat.

Ini termasuk tekanan darah tinggi menurun. Kolesterol tinggi menurun. Gula tinggi dalam darah juga turun.

Berlari setiap bantu naikkan HDL iaitu kolesterol baik.

Menyumbang kepada penurunan risiko penyakit kronik (hipertensi, kolesterol, diabetes, strok).

Orang yang berlari setiap hari ini perutnya lebih kempis dan firm.

Orang putih panggil ‘sixpack’ atau ‘abs’.

Tak menggeleber disebabkan kalori sentiasa dibakar.

Berlaku penurunan pada peratus lemak tubuh.

Selain peningkatan pada otot perut dan otot di seluruh tubuh termasuk punggung, kaki dan lengan.

Orang yang aktif berlari juga kelihatan lebih ‘fit’.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0