33 Nutrien Penting Untuk Tubuh Ada Dalam Betik

Betul ke raja buah adalah durian?

Ikut WHO raja buah yang sebenar bukan durian.

WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.

Bagusnya betik, ia bukan buahan musim.

Berbuah sepanjang tahun.

Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King.

Masih mampu beli.

Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.

Antaranya

1. Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal.

Lebih bagus dari ambil susu lembu untuk dapatkan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk manusia.

Selain untuk tulang yang kuat,

Kalsium bolehkan darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.

2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal,

7 kali tinggi berbanding pisang,

7 kali lebih banyak dari tembikai,

8 kali ekstra dari cherry,

dan 1.3 kali power dari nenas

Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun,

Kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok.

Seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.

3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi,

18 kali lebih tinggi dari epal,

1.5 ekstra berbanding pisang,

1.5 lebih banyak dari tembikai,

15 ganda banyak dari cherry,

dan 16 lebih power dari nenas.

Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan.

Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A.

Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati,

Kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.

4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang,

2.5 lebih tinggi berbanding tembikai,

dan 4 kali ganda ekstra dari nenas.

Vitamin K bantu bekukan darah.

Halang dari pendarahan berterusan.

Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung.

Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan osteoporosis.

5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata.

Termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin.

Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas.

Pisang tidak mengandungi carotenoids.

Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser.

Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.


6. Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus,

Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E.

Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).

Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik.

Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong.

Sebelum sarapan,makan tengahari atau makan malam.

Masukkan nutrisi penting dalam tubuh.

Betik juga snek yang baik untuk minum petang.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top