Betul Ke Otak Boleh Mengecil ?

Hari ini buat kelas tambahan. Kelas lewat petang. Usai kelas mahu bergegas.

Ada urusan lain.

Terserempak dengan pelajar senior. Sepatutnya hamba Allah ini sudah tamat pengajian.

Belum rezeki agaknya. Masih setia di university.

Dia menyapa. Kami bersalam. Sopan.

Berbual dan bertanya khabar. Adat lama yang masih dipegang. Yang muda menghormati yang tua.

Dalam perbualan dia menyelit soalan. Betul ke otak boleh mengecil?

Ya. Otak mengecil dalam tiga keadaan – T.G.T:

  1. Tidur – Kurang dari 6 jam sudah bahaya. Saiz otak penting. Otak kecil masakan mampu mimpi besar. Masakan mampu capai gemilang.
  2. Gemuk – Terlebih lemak otak mengecil. Terlebih berat, otak ringan.
  3. Toksid – Terdedah kepada toksid undang padah. Toksid adalah malapetaka kepada otak.

“Oh begitu. Bahayanya.” Katanya sambil mengangguk angguk.

“Tidak syak lagi.” Jawabku ringkas sambil minta diri.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

Scroll to Top