BEWARE! Otak Sering Diintai 4 Masalah Ni!

OTAK – pusat pentadbiran utama dalam sistem tubuh badan manusia

Sungguh luar biasa ciptaanNya.

Saya dan keluarga sentiasa jaga OTAK dengan mengamalkan Coco OCOC.

Minuman yang diformulasikan oleh saya sendiri.

Bahan utama iaitu 70% dark chocolate, ginkgo biloba, susu kambing dan gula kelapa.

Untuk keluarga pada awalnya.

Kemudian, saya nekad untuk berkongsi kebaikan ini bersama orang ramai.

Kalau anak saya Maryam sukakan Coco Vegan.

Yang ini ada santan. Khasiat sama padu.

Alhamdulillah, banyak bantu anak-anak perform di tempat belajar.

OTAK mampu terima informasi input dari organ deria dan hantar signal output ke otot-otot.

Ada banyak fakta menarik tentang otak antaranya;

  • Organ paling berlemak dalam badan.
  • Tidak mempunyai ‘pain receptor’ iaitu tidak merasa sakit.
  • Jetlag yang terlalu kerap boleh merosakkan ingatan.
  • Kelajuan terendah ketika maklumat melalui otak adalah selaju 418 km/j
  • Ketika kita rasa kita sedang bermultitasking sebenarnya kita sedang dalam keadaan “context-switching”. Multitasking perkara mustahil.

NAMUN!

Hati-hati sebab otak ni selalu diintai oleh 4 masalah ni.

Kalau sistem dalam otak terganggu, seluruh fungsi sistem badan akan terganggu.

Jadi, kita kena jaga betul-betul otak kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan baik untuk prestasi dan perkembangan otak

1- Kecederaan Otak

Kecederaan otak ni berpunca daripada beberapa bentuk trauma pada kepala.

Yang beri kesan kepada jaringan otak, neuron dan saraf.

Boleh berlaku kepada golongan tak kira tua mahupun muda.

Apabila berlakunya cedera otak, ia mempengaruhi keupayaan otak untuk berkomunikasi dengan seluruh tubuh.

Gejala-gejala yang biasa dialami apabila cedera otak antaranya,

Rasa mual, muntah, sukar bercakap, lumpuh, telinga berdarah, hilang ingatan, dan sawan.

Ni adalah contoh kecederaan otak yang biasa diketahui;

  • Strok
  • Darah beku
  • Gegar otak
  • Haematoma (pengumpulan darah di luar salur darah)
  • Cerebral edema (bengkak dalam tengkorak)

2- Tumor Otak

Kalau tumor ni boleh jadi dua iaitu tumor bersifat non-kanser (harmless) ataupun tumor bersifat kanser (lethal).

The Global Cancer Observatory pada tahun 2020,

Menunjukkan kes di Malaysia iaitu sebanyak 48, 639 orang.

5 teratas jenis kanser yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia iaitu;

  1. Kanser payudara
  2. Kanser kolorektal (usus besar)
  3. Kanser paru-paru
  4. Kanser nasofarinks (pangkal hidung)
  5. Kanser hati

Kanser ni boleh terjadi bila sel dalam badan berbahagi berterusan di luar kawalan.

Kalau yang lethal ni boleh serang dan rosakkan organ serta tisu.

Disarankan kalau ada berterusan alami gejala seperti yang saya sebutkan.

Cepat-cepat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ada banyak kes di mana gejala tidak diendahkan dan akhirnya memakan diri sendiri.

Orang ramai termasuk saya sendiri kena sentiasa peka sebab apa?

Sebab setiap orang berisiko untuk kena kanser.

3- Gangguan mental

Kes gangguan atau penyakit mental ni semakin hari semakin merungsingkan.

Kes berkait dengan anxiety dan depression juga kian meningkat.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) ada keluarkan kenyataan:

Bahawa 3 daripada 10 dewasa berpotensi menderita masalah kesihatan mental.

Kalau terkini, masalah paling mempengaruhi kesihatan mental adalah COVID-19.

Bermula sejak bulan Mac 2020, disebabkan oleh perasaan gusar.

Masalah sosioekonomi dek bahana pandemik.

Belum lagi bab kegawatan ekomoni yang dijangkakan bakal berlaku pada tahun 2022.

Kehilangan pekerjaan sama ada dibuang atau diberhentikan.

Kekangan kewangan, hilang mata pencarian, bisnes bankrap.

Tidak dapat berjumpa sanak-saudara, kehilangan orang tersayang akibat virus.

Faktor ni boleh menyumbang kepada kenaikan masalah gangguan mental.

Boleh beri kesan kepada tingkah laku dan terjadinya kes seperti;

  • Kemurungan
  • Kegelisahan
  • Gangguan panik
  • Gangguan bipolar
  • Gangguan stres pasca-trauma (PTSD)
  • Skizofrenia

4- Gangguan neurodegeneratif

Bila melibatkan otak, sangat penting untuk kita sentiasa jaga.

Agar minda sentiasa aktif dan sihat, tambah-tambah apabila kita semakin dimamah usia.

Apa contoh gangguan neurodegeneratif ni? Antaranya;

  • Demensia
  • Alzheimer’s
  • Parkinson

Gangguan neurodegeneratif iaitu kemerosotan saraf otak seiring dengan masa.

Apabila sel saraf otak ni menyusut secara progresif maka terjadilah Alzheimer’s.

Juga punca utama demensia (nyanyuk).

Sebahagian penyelidik percaya bahawa Alzheimer’s ni bukan sebahagian daripada penuaan.

Sebab BUKAN semua warga tua menghidapnya.

Gangguan neurodegeneratif ni juga boleh serang tak kira usia, tua mahupu muda, sihat aktif mahupun tidak aktif.

Persekutuan Pertubuhan Penyakit Alzheimer Antarabangsa (ADI) telah keluarkan data terkini di mana:

Pada tahun 2010 iaitu 35.6 juta pesakit Alzheimer’s akan meningkat kepada 65.7 juta pesakit pada tahun 2030.

Dan akan terus meningkat naik sehingga 115.4 juta pada tahun 2050 nanti.

Pokoknya,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Mungkin boleh check balik bila kali terakhir ambil kisah terhadap tahap kesihatan OTAK.

Jagalah kesihatan otak elok-elok pada musim ni.

Jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur. Cegah awal, kesihatan terjaga.

Jaga jarak, jaga diri.

.

.

.

P/S: 

Kerap lupa kunci letak di mana? Baru tinggal sekejap dah lupa? OTAK terasa letih? Kerap cemas dan gelisah?

Kenalpasti masalah OTAK anda serta cara mengatasinya! KLIK DI SINI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0