Beza Otak Kusyuk Dan Sebaliknya

Cemas sekejap bila baca hadis Nabi ni. Baginda sebut antara tanda akhir zaman tiada kusyuk dalam solat. Solat kita selama ni macam mana. Kalau tak kusyuk diterima tak?

Ini soalan yang bermain diminda. Terjumpa pula Journal of Physiology tahun 2015. Kajian ke atas orang yang solat. Solat sebagai rutin berbanding dengan memaknai makna ketuhanan atau kusyuk.

Menariknya sebab ada beza antara solat kusyuk dan tidak. Jelas terbentuk pada otak manusia. 

Bila kita solat tak kusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif.

Semua aktiviti dunia berlari di minda macam tayangan movie. Macam macam benda akan terlintas di kepala.

Waktu ini kita tak tenang. Tak terasa tenteram.

Kita jadi kalut. Tergesa gesa. Nak selesaikan solat sengan segera.

Gambar imbasan otak sebelah kiri ada cerita. Contoh otak kita bila tidak kusyuk. Cuba lihat warna kuning bahagian atas otak. Warna kuning tu tanda otak masih aktif.

Tiada kusyuk.

Berbeza bila kita kusyuk. Solat dengan hadirnya hati. Bahagian atas yang berwarna kuning iaitu PFC senyap sunyi. Tak ada lagi movie bermain.

Menarik lagi, bahagian lain juga jadi aktif. Basal Ganglia, pusat reward atau habuan menjadi aktif. Tanda lega dan tenang bersarang di hati. Tanda puas.

Anterior Cingulate Gyrus (ACG) juga jadi aktif. Kesedaran emosi dan sosial berpusat di sini. Kurangkan rasa marah dan anxiety.

Bila ACG aktif hilang rasa ragu. Tak rasa sangsi. Tak jadikah aksi takbir berkali kali.

Kajian ini berikan makna beza. Antara kusyuk dan solat biasa. Solat dengan kusyuk beri kesan luarbiasa pada otak.

Wujud tenang, damai, kuatkan rasa bertuhan.

Saya tertanya-tanya bagaimana dengan solat saya? Solat tuan/puan pula bagaimana?

#DrRizal
#cocoOCOC

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Scroll to Top