Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Selalu kan dengar orang buat pembedahan buang usus.

Lebih tepat lagi, Apendiks.

Iaitu organ kecil berbentuk kantung,

Terletak di sebelah kanan bawah perut berdekatan usus besar.

Antara fungsinya untuk sistem imun tubuh.

Hasilkan beberapa jenis hormon penyumbang proses perkembangan janin.

Namun, dalam kes tertentu,

Apabila kesihatan Apendiks merosot & serius,

Apendiks perlu dibuang melalui proses Appendicectomy.

Appendicitis (radang apendiks) terjadi,

Apabila apendiks membengkak & meradang disebabkan tersumbat.

Bila tersumbat, mudah terdedah kepada jangkitan.

Saya yakin ramai tertanya-tanya…

“Betul ke biji cili & jambu batu yang dimakan penyebab Appendicitis?”🤔

Sebenarnya, tiada punca jelas kenapa Appendicitis terjadi.

Sama juga dengan dakwaan mengenai biji cili🌶

Kenapa?

Sebab segala jenis makanan dimakan,

Termasuk makanan keras seperti biji akan hancur diuraikan oleh asid perut.

Selepas hancur, 

Baru ia bergerak memasuki usus untuk proses pembuangan.

Bila doktor check, 

Punca paling kerap disebabkan oleh najis keras.

Namun,

Ada beberapa faktor lain berpotensi sebagai penyumbang Appendicitis.

    • Kurang serat dalam diet
    • Diet kaya makanan berlemak
    • Diet kaya makanan diproses
    • Masalah sembelit kerap

Antara simptom risiko Appendicitis termasuk:

    • Sakit bahagian bawah pusat
    • Hilang selera makan
    • Perut membengkak
    • Demam
    • Sembelit
    • Cirit-birit
    • Susah kentut

Nak cegah risiko radang Apendiks ialah dengan,

Hadkan pengambilan makanan berproses &

elak makan berlebihan.

Ambil sumber lemak sihat bersifat anti-radang,

Seperti Minyak Zaitun Extra Virgin dan Cuka Buah Tin.

Anda Juga Mungkin Berminat

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Scroll to Top