Brain Reserve

Baru-baru ini pulang ke kampung. Melawat Mak Su. Suami baharu meninggal.

Mati mengejut. Saat lepas berbual-bual di hujung malam. Masuk ke bilik dan sesak nafas.

Di mulut hanya sempat melaungkan kalimah suci. Allah. Allah. Allah.

Pak Su terus kaku. Tiada suara. Mak Su meluru masuk ke bilik. Cemas.

Terkesima sebentar. Si anak disuruh menelefon ambulan. Tangan cuba menggerakkan Pak Su dengan air mata berjujuran ketika itu.

Nama Pak Su dipanggil berulang kali. Tiada reaksi dari Pak Su. Mata dipejam rapat.

Anak-anak hanya mampu menangis. Suara yang keluar ialah “Ayah bangun ayah.”

Ambulan tiba. Paramediks meluru masuk. Semua diminta keluar.

Beberap ketika muncul seorang dari paramediks.

“Puan, suami puan sudah meninggal.”

Air mata Mak Su makin deras mengalir. Bulan Ramadan akan berkunjung beberapa hari lagi. Pak Su pergi tak kembali.

Mak Su tenang ketika bercerita tentang apa yang berlaku pada malam itu. Tiada lagi air mata. Ada damai di wajahnya walau ada anak masih kecil.

Katanya dia bersyukur. Matinya Pak Su mudah. Tiada hospital. Tiada doctor.

Hujung suaranya ialah Allah, Allah, Allah.

Saya menekuni cerita wanita hampir separuh abad ini. Boleh saja dia menyalahkan tuhan.

Kenapa diambil di saat umat Islam bakal menyambut Ramadan.

Boleh saja tangis esaknya diteruskan. Boleh saja sumpah seranah dikeluarkan.

Tapi dia pilih untuk tenang. Dia pilih berdamai dengan hati. Bersyukur dengan ketetapan hati.

Ada juga teman Mak Su yang kehilangan suami. Sumpah mereka pada tuhan tiada jeda. Maki mereka juga masih panjang.

Esak tangis masih merajalela. Di mulut “kenapa aku?” “Kenapa sekarang?”

Persoalannya kenapa Mak Su boleh tenang. Yang lain tidak?

Jawapannya ialah pada Brain Reserve. Simpanan kekuatan yang tersisip dalam otak. Membolehkan manusia menangani cubaan dan dugaan hidup dengan tenang.

Tiada drama. Hidup diteruskan. Cabaran demi cabaran akan terus didepani.

Brain reserve umpama simpanan wang yang kukuh. Rintangan ekonomi dapat diatasi.

Badai kemelesatan ekonomi tidak mampu mengganggu gugat.

Apa akan jadi andai kita tiada wang simpanan? Melarat? Tersiksa?

Apa akan terjadi andai kita tiada brain reserve? Mungkin menjadi seperti teman-teman Mak Su. Mungkin parah lagi.

Brain reserve ini akan dikongsi semasa Bootcamp nanti.

Bagaimana membinanya akan ditelusuri. Bagaimana mengekalkannya akan diterokai.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0