Cara Betul memuji Anak – Part Mana Perlu Fokus ?

Cara Betul Memuji Anak – Part Mana Perlu Fokus ?

Masa tu saya kat airport. Asyik membaca tiba tiba terdengar “pandainya anak mama!” Saya terus paling cari punca perkataan tu keluar.
.
Pusing kiri terus nampak seorang emak ni tengah puji anak dia. Si kecil nampak macam baharu boleh jalan.
.
​Nampak comel bila dia terkedek kedek tunduk bangun untuk kutip benda yang jatuh. Terhoyong hayang bila bangun.
.
Saya tengok saja. Nak tahu apa yang akan berlaku lagi. Setiap kali si kecil ni kutip barang, setiap kali itulah si emak akan sebut “pandainya anak mama.”
.
Terus terang saya rimas dengan kata kata macam ni.
.
Ni contoh kata kata seorang emak pada anak. Kalau dalam whatsapp group, biasa akan ditulis “tahniah” atau “congrats”.

.
Kalau geng buat lawak dia akan tulis “syabas inspector sahab.” Kata kata macam ni timbul bila geng dalam whatsapp dapat sesuatu. Tanda ada pencapaian.
.
Nak bagi semangat tu bagus. Tapi kaedah macam si emak ni pakai dan macam dalam grup whatsapp ni buat, tak sesuai.

Kaedah macam ni berlawanan dengan kajian sains.

Ibubapa yang puji anak pandai asalnya ada niat baik. Nak naikkan self confidence si anak.
.
Apa yang berlaku ialah si anak akan fikir “oh aku pandai!” Tapi bila satu masa anak ni struggle atau ada kesusahan atau gagal dia akan fikir “oh aku tak pandai rupanya”.
.
Dia akan mula sangsi dengan diri sendiri.

Cara Betul Puji Anak

Self confidence yang ibubapa nak bina hancur. Ranap. Berkecai.
.
Ada cara nak elak cara tak betul ni. 

Caranya ialah elak dari puji orangnya.

Macam contoh di atas.
.
Si emak wajib tukar perkataan. Tukar “pandainya anak mama” ni. Perkataan ni fokus pada orang.
.
Natijahnya ialah kata kata macam ni bawa kepada apa yang disebut of Carol Dweck Profesor dari Stanford University sebagai fixed mindset- minda terkurung.
.
Si emak tadi wajib fokus kepada tingkah laku atau effort di anak.

Cara Betul Puji Anak
Puji pada perbuatan. Puji pada usaha.

Contohnya “Pandainya Amin kutip benda yang jatuh ni”. Kata kata macam akan beri pengaruh baik. Natijahnya ialah growth mindset - minda yang berkembang.
.
Atau boleh guna contoh contoh di bawah ni:
.
Tukar “Amin boleh selesaikan tugasan yang susah ni? Pandailah Amin!” kepada “Mama suka cara Amin selesaikan tigasan susah ni. Nampak kreatif sangat!”
.
Tukar “Oh you ada degree engineering ye? Wow you mesti pandaikan!” kepada “You ada degree dalam engineering?” Mesti you kerja keras untuk degree ni!”
.
Bila kita pakai kaedah growth mindset, Si anak akan membesar dengan satu kefahaman berbeza. Iaitu effort atau usaha adalah titik utama untuk berjaya.

.
Dia akan fikir bila aku usaha aku akan sukses. Sebab itu emak dan ayah asyik wajib puji pada perbuatan yang baik. Puji pada usaha positif.
.
Perbuatan atau usaha positif inilah yang akan diulang ulang oleh si anak.

Bila si anak fokus pada baiki usaha, pola fikir akan berubah. Cara kerja tidak sama lagi. Neuroplasticity pada otak akan berlaku.
Cara Betul Puji Anak

Otak akan tunjukkan kemampuan untuk rewire semula sel-selnya. Sentiasa berubah ke arah lebih baik. Inilah yang kita mahu. Kebolehan otak untuk rewire itself.
.
Boleh cuba. Fokuskan pujian pada usaha. Itu yang utama.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top