Ini Cara Detoks Gula Dengan Betul!

Jangan gaduh gaduh nak cepat!

Bila nak mulakan diet untuk turunkan berat,

Benda pertama sekali ramai buat ialah CUT GULA✔️

Sama ada tidak ambil minuman bergula.

Atau tidak ambil makanan bergula seperti donut, kek, coklat.

Tapi satu benda anda kena ingat,

Hari pertama diet tak perlu terus nak cut sugar sepenuhnya.

Konsepnya sama macam bila nak stop merokok.

Mula secara perlahan dengan ‘kurangkan atau hadkan jumlah gula’

Tubuh ambil masa beberapa hari atau berminggu-minggu.

Bergantung kepada banyak mana anda pernah ambil gula sebelumnya.

Untuk singkirkan ketagihan gula daripada ‘favourite list’ tubuh.

 

Jika masih inginkan sedikit kemanisan.

Boleh ganti gula putih dengan alternatif pemanis lain yang lebih natural.

Seperti madu, stevia, gula kelapa atau monkfruit.

Bila cut gula secara tiba-tiba, tubuh alami kejutan.

Sebab tubuh dah terbiasa terima gula setiap hari penyebab muncul simptom sugar withdrawal’ – 

Tidur terganggu, sakit kepala, kejang otot, mudah marah, pening, anxiety, sukar fokus.

Craving jajan masin, makanan manis bergula & makanan segera seperti pasta, spageti, burger.

 

Bagaimana mahu atasi simptom ini?

Makan buah buahan. Banyakkan minum air kosong.

Elak simpan air bergas & makanan berproses.

‘Cheat day’ sekali sekala & pantau kuantiti yang diambil.

Kurangkan makan karbohidrat tinggi Indeks Glisemik seperti nasi putih, roti putih, tepung putih, gula putih.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Strok Haba: Senyap Tapi Bahaya! Ramai Tak Sedar Bila Badan Dah “Overheat”

Scroll to Top