Flat Stomach

7 Cara Kempiskan Perut

Uish bukan senang nak kempiskan perut. Nak naik kejap jer. Bila nak turun bukan main susah.

Susah bukan kerana kompleks sangat. Tapi sebab cara tak kena.

Apakata cuba 7 cara di bawah. Untung untung mengempis jadinya.

1. Ambil Makanan Tinggi Protein

Makanan Tinggi Protein

Makan makanan tinggi protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak.

Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”

2. Urus Stress Dengan Baik

Stress

Kena bijak urus stres. Stres ni akan keluarkan hormon kortisol. Hormon ini hobi dia ialah kumpulkan lemak. Mau tak membesar perut jadinya.

Happy sungguh kortisol buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata masa buat rumah. Ditempek tempek.

Dia juga dengan bangganya bantu naikkan selera makan. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.

3. No! Cik Putih

No Sugar

Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”

Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.

Seronok dia kumpulkan lemak juga. 

4. Senaman

Senaman

Angkat berat, aerobik dapat cepatkan misi kempiskan perut.

Saya ada kongsikan 5 senaman hilangkan lemak di tubuh.

Baca https://neuroversiti.com/5-senaman-asas-buat-lemak-menangis/

5. Tidur

Tidur

Kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam.

Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”

6. Ambil Lemak Ikan

Omega 3

Jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda.

Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.

7. Ambil Makanan Tinggi Serat

Healthy Food

Serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini.

Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.

Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?

Ini adalah pesanan khidmat masyarakat. Tidak ada binatang atau serangga yang mati semasa penulisan ini dilakukan.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0