Otak kita ni ibarat mesin yang
perlu dijaga untuk kekal cergas.
Memang tak dinafikan,
dalam dunia yang serba sibuk ini
kita sering menghadapi tekanan atau
gangguan sehingga boleh menjejaskan
fokus dan prestasi kerja.
Tahukah anda?
Betapa pentingnya untuk kita latih
otak agar kekal cergas dan sihat?
Jadi persoalannya,
macam mana nak pastikan otak
sentiasa berfungsi dengan baik?
Jangan risau!
Ada 6 cara yang boleh kita amalkan
dalam rutin harian untuk melatih
otak supaya kekal cergas dan
mengurangkan gangguan.
i. Amalkan Senaman Secara Berkala
Eh, otak pun perlukan senaman ke?
YA, BETUL!
Senaman bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan, tetapi juga mampu memberikan kesan positif kepada otak
Tahukah anda?
Apabila kita bersenam,
aliran darah ke otak akan meningkat.
Keadaan ini boleh membantu otak
kita mendapat lebih banyak oksigen,
yang paling menarik lagi ia membantu
tingkatkan kecergasan mental kita dan
mengurangkan rasa letih.
Tak perlu buat senaman berat pun,
jalankan senaman fizikal seperti
berjalan kaki atau berjogging selama
30 minit sehari pun dah cukup untuk
bagi otak charge semula tenaganya.
ii. Amalkan Pemakanan Sihat
Tahukah anda?
Makanan yang kita makan akan memberi
kesan besar pada fungsi otak.
Jadi, kena pastikan diet harian kita penuh
dengan makanan yang kaya omega-3
(ikan salmon), antioksidan (buah beri),
dan vitamin yang berupaya meningkatkan
fungsi otak dan mengurangkan
risiko gangguan mental.
Jangan lupa!
Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau
juga wajib dimasukkan dalam diet harian
untuk menjaga kecergasan otak kita.
Kita juga kena pastikan
minum air secukupnya untuk elak
dehidrasi yang boleh membuatkan
kita rasa mudah lesu dan lemah.
iii. Latihan Mental Dan Perhatian
Seperti tubuh kita yang memerlukan latihan fizikal,
otak kita juga perlu dilatih.
Aktiviti latihan mental adalah seperti;
teka silang kata, Soduku atau permainan strategi
seperti catur mampu merangsang otak terhadap
pemikiran logik dan tingkatkan kemampuan kognitif.
Seronok, kan?
Latihan mental berperanan penting dalam memastikan otak kekal cergas dan berfungsi secara optimum
Latihan ini bukan sahaja melatih otak untuk
berfikir secara lebih pantas tetapi juga
mampu meningkatkan daya ingatan,
keupayaan menyelesaikan masalah serta
boleh menajamkan tumpuan kita.
iv. Bernafas Secara Dalam Dan Tenang
Tahukah anda?
Teknik pernafasan secara dalam dan tenang
juga dapat membantu mengurangkan tekanan.
Tekanan yang berlebihan boleh merosakkan otak,
terutamanya pada bahagian yang
berkaitan dengan daya ingatan.
Pernafasan yang teratur boleh meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh dan otak, seterusnya meningkatkan daya fokus
Jadi,
penting untuk kita belajar teknik
pernafasan secara dalam dan tenang.
Amalkan teknik ini dalam beberapa
minit setiap hari, terutamanya pada
waktu dimana kita rasa tertekan.
v. Buat Jadual Harian Dengan Teratur
Salah satu cara terbaik adalah dengan
mempunyai rutin harian yang jelas dan teratur.
Apabila adanya jadual harian,
kita akan lebih fokus sepenuhnya kepada
tugasan yang perlu diselesaikan.
Tetapkan matlamat yang spesifik dan mencapai setiap satu daripadanya mampu memberikan pencapaian dan meningkatkan lagi produktiviti kerja kita
vi. Tidur Yang Cukup Dan Berkualiti
Tidur bukan sekadar untuk merehatkan badan,
tapi juga untuk masa otak kita ’reset semula’
dan pulihkan tenaga kita.
Tidur yang mencukupi adalah kunci utama untuk mengekalkan prestasi otak
Tahukah anda?
Apabila kita kekurangan tidur,
kita akan cepat terdedah kepada gangguan
dan sukar untuk menumpukan perhatian.
Jadi!
Pastikan kita dapat tidur yang berkualiti
Sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam
untuk dapatkan otak yang lebih cergas.
INGAT!!!
Elakkan skrol telefon sebelum tidur ya!
Latih otak bukanlah sesuatu yang sukar,
tapi ia perlukan konsistensi.
Dengan mengamalkan tips ini,
ia bukan sahaja dapat meningkatkan
prestasi kerja malah dapat memberi
impak positif secara menyeluruh
terhadap kesejahteraan mental.
ARTIKEL BERKAITAN:
18 Tips Dr Rizal Untuk OTAK Cerdas Dan Sihat